Persekolahan Satu Sesi Objektif Kerajaan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya sistem berkenaan dilaksanakan ia akan menjadikan tempoh persekolahan lebih anjal bagi memberi ruang kepada guru dan pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum.
"Sekolah satu sesi itu memang objektif kita, sekarang ini kalau ada sekolah rendah pun mungkin 60 hingga 70 peratus (laksanakan) satu sesi, tapi kalau sekolah menengah kurang daripada itu.
"Kalau sistem ini dapat kita laksanakan bermakna tempoh masa belajar boleh lebih anjal. Sekarang sekolah sesi pagi berlangsung sampai pukul 1 petang atau lebih sedikit, waktu petang ada sesi kedua dan ia akan tamat sampai larut petang.
"Jadi kalau nak buat aktiviti kokurikulum atau sukan agak sukar kecuali hari-hari lain, (sistem satu sesi) memang ada faedahnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saranan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arsyad supaya kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual waktu anjal kepada guru supaya tiada bebanan kerja berlebihan.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh masa tertentu untuk melaksanakan sistem berkenaan.
"Untuk melaksanakannya, ia bermakna kita kena menyediakan lebih banyak sekolah dan yang lebih penting kita kena sediakan lebih banyak guru untuk tampung keperluan itu.
"Ini sasaran kita, tapi saya kurang pasti bila kita boleh sampai ke tahap itu. Tapi apapun yang sedang berlaku, kalau kita tak mampu laksanakan satu sesi kita gunakan dua sesi, setidak-tidaknya pembelajaran masih dapat diteruskan," katanya.
- MSTAR
Saya setuju..jd ini bermakna, lebih ramai lg guru di perlukan, dan lebih bnyk sekolah akan dibuka...
so peluang sy nk jadi guru pun makin cerah... huhuhuhuh harap2lah ye..dh bertahun2 mohon... mesti gagal.... sedey amat sgt..