Top Ad 728x90

,

Maybank2u sasar transaksi RM5b sebulan


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Maybank2u.com, platform perbankan dalam talian terbesar Malaysia, milik Malayan Banking Bhd., (Maybank) menyasarkan transaksi 70 juta atau RM5 bilion sebulan.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat berkata, transaksi dalam talian yang digunakan oleh pelanggan Maybank ketika ini amat besar jumlahnya berikutan pelbagai perkhidmatan disediakan.

Katanya, seramai 1.74 juta pelanggan aktif menggunakan m2u sekali gus menyaksikan transaksi yang banyak setiap hari.

“Kami berharap jumlah transaksi pembayaran yang menggunakan Maybank2u.com akan meningkat 20 peratus menjelang tahun kewangan berakhir 30 Jun tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian kerjasama antara Maybank dan Groupon Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Groupon, Joel Neoh.

Kerjasama itu akan memberi manfaat kepada para pelanggan Groupon yang menggunakan portal Maybank2u untuk membeli barangan dalam talian.

Selain itu para pengguna juga bakal menikmati potongan harga 10 peratus daripada harga yang ditawarkan di dalam laman web itu.

Antara pedagang yang menggunakan perkhidmatan Groupon ialah Carcosa Seri Negara, S2 Slimming, Readers Digest, Decleor, Photobook International, Konsortium Transnasional, Pensonic dan lain-lain.

Ketika ini seramai 700,000 orang menggunakan perkhidmatan Groupon bagi membeli belah di dalam talian.

Menurut Hong Tat, berdasarkan kepada kerjasama yang dimeterai hari ini, beliau merasakan bilangan pengguna akan meningkat apabila penyertaan dari pelbagai pedagang yang menyertai portal tersebut.

Sementara itu, Neoh berkata, kerjasama dengan Maybank akan meningkatkna lagi profil portalnya ke serata dunia sekali gus membantu orang ramai berbelanja secara selamat, mudah dan berkesan.

Walaupun ia dilihat baru, namun portal pembelian ini bukanlah sesuatu yang asing di kalangan pengguna transaksi dalam talian kerana kebanyakan pedagang antarabangsa telah menyaksikan pertumbuhan positif di dalam jualan mereka.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90