CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN UiTM
Berikut adalah panduan untuk memohon melalui aplikasi sistem dalam talian:
- Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).
- Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
- Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
- Sila baca dan teliti senarai serta syarat program sebelum mengisi permohonan agar pemohon tidak tersalah memilih program.
- Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
www.online.uitm.edu.my