Pelatih kecergasan angkat motosikal seberat 120kg
LUCKNOW, INDIA - Seorang pelatih kecergasan, Rahul Tiwari yang berusia 28 tahun mengangkat sebuah motosikal seberat 120 kilogram (kg) dalam satu latihan kecergasan di bandar ini kelmarin.
Tiwari bertindak mengangkat motosikal itu selepas mendapat ilham daripada seorang aktor Bollywood, John Abraham.
Pada bulan lalu, Abraham mengangkat sebuah motosikal seberat 115kg.
- Reuters