Pengguna Blackberry terima aplikasi percuma RM340


PENGGUNA Blackberry akan memperoleh aplikasi percuma AS$100 (kira-kira RM340) sebagai ‘balasan’ atas kesabaran mereka sepanjang gangguan perkhidmatan baru-baru ini, kata pemaju sistem telefon itu Research in Motion (RIM).

Ketua Eksekutif Bersamanya, Mike Lazaridis, aplikasi itu akan disediakan kepada pelanggan dalam beberapa minggu akan datang menerusi BlackBerry® App World™ (perisian rasmi daripada RIM membolehkan pengguna memuat turun aplikasi), yang akan dibuka sehingga 31 Disember ini.

“Kami menghargai sepenuhnya nilai hubungan kami dengan pelanggan. Kami bekerja keras untuk mendapat kepercayaan mereka sepanjang 12 tahun lalu, dan kami komited menawarkan kebolehpercayaan tinggi yang mereka jangkakan hari ini dan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan yang disiarkannya di laman webnya.
Antara aplikasi itu ialah SIMS3, Bejeweled, N.O.V.A, Texas Hold'em Poker 2, DriveSafe.ly Pro dan Photo Editor Ultimate.

Lazaridis berkata, pelanggan perusahaan RIM juga akan ditawarkan secara percuma lanjutan sebulan kontrak Sokongan Teknikal sedia ada dan pelanggan yang tidak mempunyai kontrak Sokongan Teknikal, akan ditawarkan percubaan sebulan Perkhidmatan Sokongan Teknikal – Sokongan Dipertingkat BlackBerry.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url