Wang Tiket Akan Dikembalikan Jika Tren Lewat Lebih 30 Minit

Mulai sekarang, KTM Komuter akan membayar balik wang tiket penumpang sepenuhnya jika perkhidmatan kereta apinya terkandas lebih daripada 30 minit.

Penumpang juga akan diberikan pilihan sama ada mahu menerima tiket ganti perjalanan sehala atau memilih untuk menerima bayaran semula dalam tempoh 24 jam di mana-mana stesen KTM Komuter.

Pengurus Besar KTM Komuter, Mohd Hider Yusoff berkata, sebelum ini, KTM hanya akan memulangkan semula bayaran tiket sekiranya perkhidmatan kereta api tergendala untuk lebih dari dua jam.

"KTM adalah komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang kami dan sekiranya kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya, kami berhasrat untuk memulangkan semula wang tambang yang telah dibeli kepada para penumpang sepenuhnya," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, ramai penumpang bersedia untuk menunggu sekiranya kelewatan itu cuma setengah jam.

Jelas beliau, polisi tersebut sudah dilaksanakan sejak tahun lalu tetapi masih ramai penumpang yang tidak mengetahuinya.

- MSTAR
Next Post Previous Post
2 Comments
  • SyuQ
    SyuQ Rabu, 19 Oktober 2011 pada 8:12:00 PG SGT

    sepatunya services perkhidmatan tu dipertingkatkan. klu mcm ni, nampak gayanya akan lewat selama-lamanya

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 19 Oktober 2011 pada 10:54:00 PG SGT

    klu yg xde alternatif lain..mmg la terpaksa tunggu jugak!!!!tah pape pengurus die ni..cube naik & rase cemane keadaan kt dlm bile tren delay..xyah tunggu delay 30 minit..delay 15 minit pon dah azab rase.geram!!!klu jumpe face to face ngan pengurus ni mmg aku sound direct jek...

Add Comment
comment url