Pengusaha kilang makanan perlu berdaftar mulai 1 Januari 2012

Semua pengusaha kilang makanan dikendendaki mendaftar premis masing-masing di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sebelum 1 Januari depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman.

Beliau berkata, pengusaha kilang makanan boleh berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri atau Pejabat Kesihatan daerah berhampiran untuk mendaftarkan kilang mereka dari aspek ciri-ciri premis makanan, peralatan dan perkakasan serta pengendalian makanan semasa penyediaan, penyimpanan, penjualan dan pengangkutan.

"Sebenarnya prosedur pendaftaran sangat mudah tanpa sebarang syarat dan apa yang diperlukan adalah memaklumkan kewujudan kilang makanan melalui pendaftaran ini," katanya.

Beliau berkata, pendaftaran itu boleh dibuat secara online melalui laman web http://fosimdonestic.moh.gov.my. Tiada yuran dikenakan untuk pendaftaran.

Kegagalan mematuhi peraturan itu adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, katanya.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url