Top Ad 728x90

,

SPAD wajibkan pemilik tulis surat rayuan, bayar denda RM50

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi peluang kedua kepada pengusaha dan pemilik lebih 200,000 kenderaan perdagangan yang telah dibatalkan untuk mendaftarkan semula kenderaan mereka dengan melanjutkan tempoh untuk berbuat demikian sehingga 31 Disember ini.

Lanjutan tempoh di bawah program Pertimbangan Semula ini menyaksikan pengusaha atau pemilik perlu menulis surat rayuan selain membayar denda RM50 jika mahu mendaftar semula kenderaan masing-masing, satu tindakan yang tidak dikenakan di bawah program terdahulu yang berakhir 30 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, peluang kedua di bawah tempoh pertimbangan semula itu dilaksanakan berikutan masih terdapat kira-kira 23 peratus daripada 900,000 kenderaan perdagangan belum didaftarkan semula.

Katanya, lesen kesemua kenderaan itu kini terbatal selepas pengusaha dan pemiliknya gagal mendaftarkan semula kenderaan pada sepanjang tempoh 1 April 2011 hingga 30 September lalu.

"Disebabkan itu, SPAD menawarkan peluang di bawah tempoh Pertimbangan Semula bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini untuk mereka mendaftar semula kenderaan dengan mengemukakan surat rayuan dan denda RM50.

"Selepas tempoh itu, pihak penguat kuasa SPAD akan dikerahkan untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang beroperasi secara haram di seluruh negara," tegas beliau dalam satu kenyataan.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90