5,000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) akan diambil jadi guru pada 2012
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,894 lepasan ISMP ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk diserap masuk sebagai guru.
Menurut beliau, pengambilan guru dalam kalangan ISMP keluaran IPTA pada tahun depan menunjukkan peningkatan berbanding jumlah 4,318 golongan itu yang dipilih menjadi guru pada tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menafikan graduan ISMP 'dianaktirikan' dalam pemilihan guru di sekolah di bawah kementerian itu, sebaliknya menjelaskan, pengambilan dibuat berdasarkan kelayakan dan pilihan bersesuaian.
Katanya, antara kegagalan graduan ISMP dipilih untuk menjadi guru adalah kerana penuntut itu mengambil opsyen mata pelajaran yang kurang diperlukan Kementerian Pelajaran.
"Sebenarnya, kita sudah mewujudkan jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membincangkan dari segi unjuran iaitu berapa keperluan guru sekolah menengah mengikut opsyen yang diperlukan.
"Unjuran ini dibahagikan antara universiti. Misalnya, jika diperlukan 300 opsyen matematik, ia akan dibahagikan antara IPTA. Jadi, jika mereka menawarkan mengikut opsyen, sepatutnya tidak timbul masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan Ahli Parlimen Batu Pahat dan Menteri Besar Johor sebanyak RM500,000 bagi membina bangunan baru Sekolah Tinggi Chong Hwa Rengit di Batu Pahat.
Baru-baru ini, kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meminta agar Kementerian Pelajaran tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan.
Mereka turut meminta agar kerajaan tidak menjadikan mereka seperti 'anak tiri' berbanding lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sementara itu, Mohd. Puad berkata, isu 'anak tiri' tidak timbul kerana lepasan IPG hanya akan diserap sebagai guru di sekolah rendah manakala graduan ISMP keluaran IPTA yang berkelayakan dipilih sebagai guru sekolah menengah, sekali gus mengelakkan persaingan antara kedua-duanya.
"Untuk IPG, sebelum masuk mereka akan disaring dan kita (Kementerian Pelajaran) akan panggil untuk ditemuduga. Yang ditemuduga itu pun belum tentu semua dapat, sebaliknya yang terpilih sahaja akan masuk IPG.
"Tetapi yang masuk universiti ini, dia mohon masuk bidang pendidikan, kemudian bila nak mohon jadi guru baru ditemuduga oleh SPP," katanya.
- UTUSAN
jangan sembang kosong saja
sume ni tuk sedapkn hati para graduan ijazah pndidikan je tp realiti nyr mmg diorg xdpt/lambat posting pon..
saya trpanggil utk memberi sedikit komen..malas nk cakap psl harapan palsu posting januari 2011 tu....atau pasal 3894 yg diinterview tu...tapi nak komen part last skali...bagaimana seorang menteri boleh kuarkan kenyataan sebegitu????apa dia xtaw ke ismp ni nk msuk u ade medsi n interview???pastu kalo yg dpt biasiswa kpm tu amik lg insak n interview lagi...da 2 kali ujian n 2 kali interview dah ni...pastu kalu pasni temuduga ngn spp...cukup 3 kali aku interview...agak2 x layak lagi ke??? macam mana dia bleh cakap x menganaktirikan kami sedangkan keadaan kami pun dia x taw....kesian kat beliau...
betul ke ni?jgn br hrpn kosong pd kami yg dah lama mengharap ni.tolong la kami ni.harap2 jgn tipu kami..biar la kenyataan ni betul
ini kerajaan bijan x boleh pakai byk songlap duit rakyat
make sure lah ipta ambil studnt base on unjuran perjawatan.. jgn nak main amik jer.. last2 salahkan kpm.. kem pelajaran ade hak die.. jgn lah fikir klu dh amik bidang pendidikan di ipta anda dijamin kerja dgn kpm.. adohaiiii..
penat berharap sudaaaa .. cari kerja lain dulu laaa. haihhh!!
statement yang last tu macam nak nk kena sepak plak.. penat je kita kena intervw dia kata kita main masuk je baru intervw .. huh !!!!
ala budak ISMP bkn semua pointer 3.5 sume lebih kurang 2.5 keatas jer...tu nak bising...standart pelajar ijazah biasa jer...
bagaimana nasib graduan pendidikan swasta? itu lagi teruk. sudah 2 tahun tidak posting.nak harapkan apa lagi...ada yang cadangkan minta sekolah swasta.cakap senang lah...berapa kerat sangat jumlah sek swasta yang nak menampung jumlah yang memohon....kalau tak dapat postingkan kita orang jangan offer or luluskan langsung course edu. tidak lah kami mengharap
gula-gula pilihan raye..
unjuran telah di buat sebelum pemilihan pelajar dalam satu2 kos edu di IPTA...JGN sedap menaip! kalau x tahu. Bertanya dulu sebelum mengomen. untuk pengetahuan warga Malaysia. bermula tahun 2007 lagi pemilihan ke bidang pendidikan mesti melepasi ujian Medsi dan temuduga...selepas itu tahun pertama pengajian KPM tawarkan biasiswa, then pelajar2 yg berjaya tersebut sekali lagi perlu menjalani ujian bertulis dan temuduga...sudah 2 kali temuduga, dan mulai sistem baru, utk penempatan ke sek, pelajar ipta sekali lagi perlu lulus temuduga spp, 3 kali temuduga! kami pelajar tajaan biasiswa kpm ipta sudah masuk 9 bulan menganggur. tersepit dalam duka..untuk mencari pekerjaan lain, dalam perjanjian tidak dibenarkan, disebabkan kontrak 5 tahun. bila?????
Saya ambi pendidikan dulu ada MEDSI dan temuduga lagi. sekarang lepas dah abis, kena ada SPP lagi..huu..tu pn belum tentu lepas walaupun pointer 3.6..
aku baru je dapat interview jadi guru dekat UiTM INTEC Shah Alam...aku kofius nak teryskan ke x?resaw jadi macam yang dah ada sekarang.....walhal demikian rupa KPM perlu fikirkan secara logik akal unttuk mmbuka bidan pengajian dalan Pendidikan supaya dapat menampung KUOTA Guru yang betul2 diambil dan kurangkanlah kadar Interview tersebut...Susah la macam ni...Belambak iterview..tup2 nanti nak confirm jawatan pun kena interview lagi..dah 4 kali interview..apa cer?
Zaman dulu2 tak de pulak main interview segala .. ramai juga anak2 muda yg cemerlang di ajar guru tak guna inrtview dulu .. Zaman yg hampir kiamat ni la yg banyak songeh .. ada interview la ,ada ini la ,itu la ..huh..pening tahap gaban la ..pikiak la betol2 .. anda mampu mengubahnya ..~~peace no war
Salam sejahtera tuan. saya graduan ismp ambilan 2008,, batch kami sebelum masuk. universiti telah melalui ujian medsi dan interview.. maka adakah ini bermaksud kami akan diposting kan ? terima kasih
aittt tak kan DR. PUAD sbg TIMBALAN MENTERI PELAJARAN tak tahu start intake 2007 pengambilan guru ISMP di IPT sudah ada interview....sttment last tu dah ada pcngahan nie... saper yg buat sttment nie sbnrnya...compiussss......