Jawatan Kosong di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai :-

JAWATAN :

1. Pegawai Hal Ehwal Agama – Gred 21P (1 Kekosongan)

2. Pengajar Keselamatan & Kesihatan (SHO) – Gred 19P (1 Kekosongan)

3. Pengajar Percetakan– Gred 19P (1 Kekosongan)

4. Penolong Pegawai Pusat Sumber – Gred 19 (1 Kekosongan)

GAJI :



1.




Pegawai Hal Ehwal Agama




Gred 21P : RM2,555.34 – RM6,271.55



2.




Pengajar




Gred 19P : RM1,851.49 – RM4,862.05



3.




Penolong Pegawai Pusat Sumber




Gred 19 : RM1,851.49 – RM4,214.78


SYARAT KELAYAKAN :

1. JAWATAN 1 (PEGAWAI HAL EHWAL AGAMA – GRED 21) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; dan

iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak


2. JAWATAN 2

(PENGAJAR KESELAMATAN & KESIHATAN – GRED 19P) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan Profesional atau Institusi yang diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Telah mengikuti kursus dan lulus peperiksaan Keselamatan dan Kesihatan yang diiktiraf JKKP;

iii. Telah mengikuti kursus Train the Trainer dari institut yang diiktiraf oleh kerajaan;

iv. Telah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); dan

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak


3. JAWATAN 3

(PENGAJAR PERCETAKAN – GRED 19P) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang Pereka Grafik (F-031- 3) beserta pengalaman dalam bidang tersebut selama 5 tahun;atau

ii. Mempunyai Diploma Rekabentuk Grafik atau setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Mempunyai Sijil Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Technical Officer) – VTO; dan

iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur tidak kurang dari 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



4. JAWATAN 4

(PENOLONG PEGAWAI PUSAT SUMBER – GRED 19) :

i. Memiliki kelulusan STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Mempunyai Diploma Sains Perpustakaan dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; dan

iv. Mempunyai kemahiran 'interpersonal' yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-

Ketua Pengarah

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh

Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh

Selangor Darul Ehsan

(U.P : Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 10 Februari 2012. Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat. Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON
http://www.perhebat.net.my/index.php/bm/peluang-kerjaya/473-iklan-jawatan-kosong-di-perhebat

Tarikh Tutup : 10 Februari 2012
Next Post Previous Post
2 Comments
  • ana
    ana Selasa, 31 Januari 2012 pada 1:13:00 PTG SGT

    mcm mn nk isi borangnya xde?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 31 Januari 2012 pada 1:54:00 PTG SGT

    Tak perlu borang. Hanya hantar surat dan resume. Baca info di atas.

Add Comment
comment url