Jawatan Kosong di Perbadanan Wakaf Selangor - Jan 2012

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut:
1. Eksekutif Kewangan - Gred 41
CARA MEMOHON:
1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.PWS BP (SM) /11/2011 yang boleh didapati di laman web, www.wakafselangor.gov.my mulai 16 Januari 2012.

2) Penggunaan satu (1) borang permohonan hanya untuk satu (1) jawatan sahaja.

3) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

4) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

5) Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:


PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS), MAIS
Tingkat 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-5514 3759/3758
 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2012.
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 27 Januari 2012 pada 11:49:00 PG SGT

    salam..jawatan ni untuk anak selangor sahaja ke?negeri lain tp bermastautin di selangor layak x pohon

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 27 Januari 2012 pada 12:27:00 PTG SGT

    W'salam. Memang untuk anak negeri Selangor sahaja atau jika ibu atau bapa berasal dari Selangor.

Add Comment
comment url