Top Ad 728x90

,

Kompaun lewat daftar lahir dimansuh

Berkuat kuasa serta-merta, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan bayaran kompaun RM50 yang dikenakan terhadap pemohon pendaftaran kelahiran lewat.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. berkata pendaftaran kelahiran lewat ialah yang dilakukan lebih daripada 42 hari selepas sesuatu kelahiran yang dikenakan yuran proses RM10 dan kompaun RM50.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 38, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan kompaun berkenaan mengikut kes seperti pemohon miskin atau berada di luar bandar.

Mengikut undang-undang, sesuatu kelahiran perlu didaftarkan dalam tempoh 14 hari yang mana prosesnya percuma.

Bagi pendaftaran kelahiran antara 15 hingga 42 hari, yuran proses dinaikkan kepada RM5.

Mahmood berkata, pengecualian itu juga turut membabitkan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90