Tips dan Panduan Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penguasa Kastam, Gred WK1-1.

Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan iaitu Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C dan Seksyen D. 


Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris


Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas.

Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.  


Calon boleh mendapatkan Pakej Panduan Peperiksaan tersebut dalam bentuk e-book di: http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my
 




Next Post Previous Post
2 Comments
  • niza
    niza Khamis, 2 Februari 2012 pada 2:37:00 PG SGT

    Salam en. Adha...tolonglah sy...sy dh terlepas tarikh tutup utk beli ebook tu...tp sy mmg harap sgt en. dpt pertimbangkan utk sy beli...tolonglah sy...ni contact no. sy 017-3848842 (niza)

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 2 Februari 2012 pada 10:26:00 PG SGT

    waalaikumsalam Niza,

    Harap maaf, sistem jualan telah ditutup. Jualan akan dibuka semula bila ada peperiksaan SPA akan datang.

Add Comment
comment url