Top Ad 728x90

,

Buku Kanak-Kanak Where Did I Come From diharamkan


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan semua kedai buku menarik balik penjualan buku kanak-kanak berjudul Where Did I Come From berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, arahan tersebut berkuatkuasa sehingga pihak kementerian selesai menjalankan kajian ke atas kandungan buku berkenaan.

"Sehingga satu keputusan muktamad mengenainya dibuat, semua kedai buku diarahkan supaya menghentikan penjualannya buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Abdul Rahim lagi, sekiranya kandungan buku yang didakwa mengandungi unsur-unsur lucah dan grafik yang keterlaluan mengenai hubungan seks itu didapati boleh menjejaskan moral masyarakat Malaysia, pihak KDN tidak teragak-agak untuk mengharamkannya.

Katanya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 7 (1) Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984.

Pendedahan mengenai kandungan buku tersebut yang menerangkan bagaimanakah kejadian manusia itu telah didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairun Aseh pada Isnin.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90