Top Ad 728x90

Garmin - Teman navigasi


Dimensi Unit, WxHxD: 14.0x8.6x1.8 cm
Saiz paparan, WxH: 11.1x6.3 cm
Resolusi paparan, WxH: 480x272 piksel
Jenis paparan: WQVGA TFTBerat: 177.2 gramBateri: lithium-ion boleh caj semula
Jangka hayat bateri: sehingga dua jam
Memori: Memori dalaman padu
Kad data: microSD
Panduan laluan/kegemaran/lokasi: 1,000
Bantuan suara: Ada (speaker dalaman)
Tambahan: Peralatan storan USB dengan Windows XP atau yang terbaru dan Mac OS X 10/4 atau lebih awal
Harga: RM565
JIKA anda selalu sesat ketika memandu dan sedang mencari sistem pengemudi satelit, Garmin Nuvi 50LM memang sesuai digunakan. Jenama Garmin semakin popular di banyak negara termasuk Malaysia dan mudah dipasang terus pada kereta.

Nuvi 50LM adalah produk terbaru yang berada di pasaran ketika ini dan pada harga yang sangat berpatutan. Pakej standard didatangkan lengkap dengan pemegang dan pelekap cermin serta pengecas dalam kereta dan buku panduan.

Pemilik peranti ini tidak perlu bimbang kerana peta paling terkini Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tersedia.

Ciri-ciri utama Nuvi 50LM ialah maklumat terkini mengenai jalan raya dan tempat menarik, paparan sesentuh laluan di skrin bersaiz 12.7 sentimeter, pencarian alamat, suara nama jalan, makluman lorong yang perlu diambil sebelum tiba di persimpangan dan amaran kelajuan.

Peranti ini memaparkan lorong dengan paparan panduan simpang bagi memastikan anda membelok dengan betul apabila menghampiri persimpangan dan mudah meneruskan perjalanan.

Ia memaparkan tanda jalan dan simpang dengan anak panah supaya anda mengambil lorong yang betul.

Dengan kemas kini peta seumur hidup, anda tidak akan lagi dikejutkan dengan laluan atau aliran trafik baru atau terlepas tempat menarik baru.

Walaupun baru penggunakan sistem pengemudi satelit, anda tidak akan menghadapi masalah apabila Nuvi 50LM akan menyapa anda dengan 'Where To?' atau 'View Map.'

Selepas itu, sentuh skrin untuk mencari alamat dengan mudah dan perkhidmatan serta diberikan panduan ke destinasi anda dengan suara, arahan membelok bersama nama jalan.

Dengan pengesan kecemasan 'Where Am I?',pengguna sentiasa tahu di mana lokasi semasa dan tempat menarik berhampiran.

Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062.

Variasi baru telefon pintar

HTC melancarkan siri telefon pintar terkini, HTC One yang dilengkapi kamera berprestasi tinggi, teknologi audio khas serta aplikasi hubungan media definisi tinggi (HD).

Pengurus HTC Malaysia, SK Wong, berkata pelancaran siri telefon pintar baru itu akan membolehkan HTC meningkatkan penguasaan pasaran bagi segmen telefon pintar tahap sederhana dan tinggi.

“Kini, tiada telefon pintar dalam pasaran yang menawarkan teknologi pemproses quad core 1.5Ghz Super 4-Plus-1 bersama teknologi kamera canggih serta audio menarik Dr Dre Audio.

“Justeru, kami yakin mampu meraih pertumbuhan jualan yang besar kerana tiada persaingan bagi segmen telefon pintar secanggih HTC One,” katanya kepada media selepas pelancaran siri telefon berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat itu menyasar untuk mencatatkan pertumbuhan dua angka unit jualan telefon pintarnya di Malaysia dengan pelancaran dua model iaitu HTC One X dan HTC One V.

Siri telefon pintar itu sudah boleh didapati di kedai-kedai telefon pintar utama mulai semalam yang mana HTC One X ditawarkan pada harga RM2,099 seunit manakala HTC One V pula RM999 seunit.

Semua model HTC One menawarkan teknologi kamera lensa f2.0 yang hanya memerlukan masa 0.7 saat untuk digunakan dan 0.2 saat bagi menangkap gambar seterusnya yang mana HTC One X didatangkan dengan saiz gambar 8.0 megapixels manakala HTC One V pula 5.0 megapixels.

Selain itu, kedua-dua model itu juga dilengkapi teknologi Beats Audio iaitu teknologi aturan audio yang dibangunkan oleh Dr Dre, seorang artis yang mereka pembesar suara dengan pengalaman audio maksimum.

Model HTC One X dilengkapi paparan sesentuh 4.7 inci, 720p HD yang kuat, nipis dan tidak bercalar daripada Corning, Gorilla Glass.

Teknologi paparannya pula menggunakan pemproses mudah alih, NVIDIA Tegra 3 yang lebih jelas, aplikasi lebih pantas dan jangka hayat bateri lebih panjang.

Manakala HTC One V pula menawarkan rekaan ringkas dengan badan berkualiti yang diperbuat daripada aluminium. Ia didatangkan dengan pemproses Android 4.0 dan perisian internet, HTC Sense yang ringkas dan intuitif bagi meningkatkan kemudahan melayari internet.

HTC One V didatangkan dengan warna putih, Polar White dan kelabu, Glamour Grey manakala HTC One V pula didatangkan dengan warna coklat, Jupiter Rock.

Webcam dengan wide angle

LOGITECH meluncurkan Logitech BCC950 ConferenceCam. Sesuai dengan namanya, Webcam ini boleh digunakan pada persidangan atau mesyuarat.

Logitech BCC950 ConferenceCam didatangkan dengan lensa wide yang memiliki sudut penglihatan (viewing angle) yang boleh mencapai 78 darjah.

Bahagian kepala lensa boleh berputar ke kanan dan kiri sejauh 180 darjah serta fungsi tilt 55 darjah.

Webcam ini juga memiliki integrasi dengan speaker built-in omni-directional dan microphone dengan kualiti terbaik sehingga suara lebih terang, malah boleh didengari sejauh 2.4 meter.

Di bahagian docking ada beberapa butang yang sama pada remote control.

Logitech BCC950 ConferenceCam juga disediakan dengan sebuah remote yang membolehkan anda mengawal posisi webcam ke kanan atau kiri serta atas atau bawah selain dilengkapi butang mute, zoom dan tukaran saiz gambar.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90