Top Ad 728x90

Kamera digital kompak LUMIX untuk wanita


TAHUN ini, dunia fotografi digital yang dibawa Panasonic Malaysia melalui penjenamaan LUMIX telah memasuki tempoh sedekad.

Terus mempelbagaikan produk pengimejan mereka, syarikat itu menampilkan pula 14 lagi model kamera kompak baru dan sembilan model kamera video dengan sasaran pengguna daripada kalangan wanita.

Kesemua model itu dilengkapi dengan prestasi dan kualiti rakaman foto terbaik serta mempunyai reka bentuk kompak yang elegan.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee, bagi memberi kepuasan kepada pengguna, rangkaian produk kamera tersebut kali ini memberi fokus terhadap empat elemen utama.

''Ia merangkumi reka bentuk ringan dan nipis, tahan lama, mudah digunakan serta menawarkan fungsi tanpa batasan.

''Elemen tersebut sangat bersesuaian dengan trend dan teknik rakaman foto oleh kebanyakan pengguna hari ini,'' katanya pada pelancaran produk-produk terbaru itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk model yang diklasifikasi dalam kategori sentuhan bergaya, DMC-FX80 mempunyai reka bentuk nipis selain spesifikasi sensor kamera 12.1 megapiksel, pemfokusan optikal lima kali dan dan rakaman video berdefinisi tinggi (HD).

Bagi pengguna yang gemar melakukan aktiviti pengembaraan pula, model DMC-TZ30 pastinya sesuai untuk mereka kerana menawarkan resolusi kamera 14 megapiksel dan sistem penentu kedudukan gobal (GPS) yang dipertingkatkan.

Berbeza dengan kamera untuk pengguna lasak dan aktif, model DMC-FT4 menawarkan kelebihan kalis air, kalis debu dan kabus serta kalis hentakan untuk kegunaan aktiviti luar.

Hadir bersama sokongan kualiti foto 12 megapiksel, kamera berkenaan boleh terendam di dalam air pada kedalaman sehingga 12 meter (m).

Tidak mahu melupakan pengguna amatur, model DMC-FH8 dilengkapi sistem kawalan mudah dan kasual serta aplikasi kecantikan yang membolehkan pengguna mengedit foto dalam paparan yang berbeza.

Melihat pula keupayaan teknologi kamera video (camcoder) Panasonic, kesemua sembilan model yang disempurnakan bersama ciri sistem sensor 3MOS Pro, prestasi terbaik di bawah pencahayaan rendah, pemproses berkelajuan tinggi serta pemfokusan pintar OIS Hibrid.

Untuk model-model kamera digital kompak DMC-FX80, DMC-TZ30, DMC-FT4 dan DMC-FH8 masing-masing ditawarkan pada harga RM899, RM1,399, RM1,499 dan RM549.

- UTUSAN
 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90