Keputusan EURO 2012 : Greece 1 Rep Czech 2 (Kumpulan A)
REPUBLIK Czech mempamerkan aksi garang untuk mengatasi Greece 2-1, sekali gus menghidupkan peluang bersaing merebut tiket ke pusingan seterusnya.
Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A yang kedua, yang berlangsung di Stadium Wrocław hari ini, Republik Czech menjaringkan dua gol selang tiga minit.
Republik Czech yang melangkah ke separuh akhir lapan tahun lalu, memulakan sepakan dengan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Peter Jiracek dan disusuli Vaclav Pilar pada minit keenam.
Dengan kemenangan itu, Republik Czech membawa pulang tiga mata penuh sekali gus mengelak daripada menjadi pasukan terawal tersingkir dalam kejohanan itu.
Sebaliknya, Greece, juara 2004, yang gagal kali kedua untuk mencari tiga mata penuh terpaksa menelan kepahitan apabila menghadapi laluan sukar pada baki terakhir perlawanan Kumpulan A.
Greece yang tersentak dengan dual gol awal Republik Czech mula mencari rentak untuk menjaringkan gol.
Namun, Greece yang berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-40 dalam usaha merapatkan jurang mata tidak dikira oleh pengadil kerana berada dalam keadaan ofsaid. Ia sekali gus menghampakan penyokong-penyokong Greece.
Bagaimanapun Greece menjaringkan gol pertama pada minit ke-53.
Greece semakin menguasai perlawanan apabila rancak mengasak kubu lawan untuk mencari gol penyamaan. Namun tiada gol berjaya dijaringkan apabila kesemua percubaan mereka tersasar.
Keputusan kekal sehingga ke tiupan wisel penamat.
Pakar bola sepak, BBC Radio 5, David Pleat antara lain berkata: "Pastinya, ia bukan merupakan satu permainan klasik antara Greece dan Republik Czech.:
"Jika begitulah permainan, saya akan memberi (gred) C+," kata beliau lagi.
Beliau menambah, "saya terkejut kerana dengan gol awal di pihak Czech, saya menjangkakan bahawa akan ada irama tambahan (gol tambahan). Nampaknya pertemuan ini kurang oomph - khususnya di pihak Greece, yang kelihatan seolah-olah pasif. (Dengan ini) sekarang, kita boleh mengatakan bahawa kedua-dua pasukan tidak akan sampai ke separuh akhir," katanya lagi.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan mereka menyaksikan Greece menewaskan Republik Czech di separuh akhir Euro 2004 melalui sepakan penalti.
Dalam perlawanan sulung Jumaat lalu, Republik Czech tewas kepada Rusia 4-1 manakala Greece dan Poland pula seri 1-1.
Perlawanan seterusnya menyaksikan persaingan antara Rusia dan tuan rumah Poland.
Perlawanan: Sekilas fakta:
- Penguasaan bola: Greece (48%); Republik Czech (52%)
- Sasaran ke arah gawang: Greece (5); Republik Czech (9)
- Tendangan sudut: Greece (4); Republik Czech (4)
- Kad Kuning: K Papadopoulos, Torosidis dan Salpingidis (3, Greece); Rosicky, Kolar dan Jiracek (3, Republik Czech)
Barisan pemain Greece
1 K. Chalkias
20 J. Holebas
15 V. Torosidis
5 K. Papadopoulos
2 G. Maniatis
16 G. Fotakis
10 G. Karagounis
21 K. Katsouranis
7 G. Samaras
14 D. Salpingidis
22 K. Fortounis
Barisan pemain Republik Czech
1 P. Čech
6 T. Sivok
3 M. Kadlec
8 D. Limberský
2 T. Gebre Selassie
13 J. Plašil
10 T. Rosický
17 T. Hübschman
14 V. Pilař
19 P. Jiráček
15 M. Baroš
- SINAR HARIAN