50,000 pelajar politeknik diberi kelonggaran
Ketua Pengarah Jabatan pengajian Politeknik (JPP) Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, dengan kemasukan secara "point of entry" itu, lulusan tidak perlu memulakan pengajian dari semester pertama sebagaimana biasa.
Mereka diberi kelonggaran itu mulai sesi Jun ini dan dilaksanakan hingga 2014, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Langkah itu kata, beliau membolehkan pelajar mengikuti pengajian tahap diploma selama empat semester sahaja berbanding enam pada kebiasaannya.
Md. Nor berkata keputusan MQA itu adalah susulan permohonan khas JPP yang mahu memastikan kebajikan lulusan sijil politeknik dijaga. "Perubahan ini perlu dilakukan bagi memastikan graduan politeknik dapat memenuhi kehendak industri dan sesuai dengan keperluan pasaran kerja semasa," katanya.
Menerusi "point of entry", kredit peringkat sijil pelajar dipindahkan terus kepada peringkat diploma untuk bidang yang sama, sekali gus memendekkan masa pengajian pelajar terbabit.
Md Nor berkata, pihaknya telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaannya kepada semua 30 politeknik di negara ini.
— BERNAMA