Elak penyakit akibat jerebu
Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kejadian jerebu dan kemarau hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian.
Bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk.
Sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara.
Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).
Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.
Apa itu jerebu ? n Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
- Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
- Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
- Ozon
- Gas Karbon monoksida
- Gas Nitrogen dioksida
- Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU
Status Kualiti Udara, Diskripsi
- 0 hingga 50 > Baik
- 51 - 100 > Sederhana
- 101 - 200 > Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin terjejas
- 201 - 300 > Sangat tidak sihat
- Orang ramai terjejas
- Lebih daripada 300
BahayaApakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan ?
- Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan .
- Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan .
- Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal-gatal pada tekak
- Gatal-gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal-gatal pada kulit
Langkah penjagaann Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
- Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
- Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
- Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.
- UTUSAN