Pesawat Rusia Terhempas Di Mesir
Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat, jelas pejabat Kementerian Perdana Menteri Mesir.
Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , dilaporkan berlepas dari lokasi peranginan di Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai.
Sumber keselamatan Mesir berkata tidak ada petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan militan di Sinai.
Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Rusian Rosaviatia, Sergei Isvolsky berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el -Sheikh pada 06:51 (0351 GMT) dan hilang perhubungan kira-kiri 25 minit kemudian.
Pegawai keselamatan di tempat kejadian memberitahu Reuters melalui telefon, bahawa pasukan mencari dan menyelamat turut mendengar suara-suara di dalam badan pesawat.
"Saya melihat adegan tragis. Mayat-mayat bergelimpangan di tanah dan ada sebahagiannya meninggal dunia di tempat duduk sendiri di dalam pesawat," jelas salah seorang pegawai yang berada di tempat kejadian.
"Pesawat itu terbelah dua, sebahagian kecil di hujung ekor yang dibakar dan bahagian besar terhempas ke batu. Kami telah mengeluarkan lebih kurang 100 mayat dan selebihnya masih berada di dalam badan pesawat."
Sinai merupakan lokasi kejadian pemberontakan oleh militan yang menyokong Negara Islam. Para pemberontak telah membunuh beratus-ratus tentera Mesir serta polis dan juga telah menyerang sasaran Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Manakala Rusia telah melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pembangkang Syria termasuk Negara Islam pada 30 September lalu.
Namun sumber keselamatan Mesir berkata, tidak ada petunjuk bahawa jet Airbus itu telah ditembak jatuh atau diletupkan.
Pesawat A321 yang mempunyai 185 tempat duduk merupakan jet jarak sederhana telah digunakan dalam 1,100 operasi di seluruh dunia sejak tahun 1994.
Ia merupakan sebuah pesawat automatik bergantung kepada komputer untuk membantu juruterbang kekal dalam had yang selamat ketika terbang.
Menurut data daripada Yayasan Keselamatan Penerbangan insiden tersebut merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat dari keluarga A320 ini.
Dalam pada itu, dilaporkan Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail menuju ke lokasi kemalangan dengan beberapa menteri kabinet lain dengan menaiki jet peribadi.
Menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir, pesawat Airbus A 321 berlepas pada 05:51 masa Kaherah (0451 BST) dan hilang daripada radar 23 minit kemudian ketika berada dalam ketinggian 31,000 kaki (9,400 meter).
Misi mencari dan menyelamat lewat tiba di lokasi kejadian di kawasan Hassana disebabkan faktor cuaca yang kurang baik.
Sumber : Reuters