Pencen Terbitan
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA ?
Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan
Ganjaran Terbitan Sahaja
Pencen Tanggungan
TAFSIRAN ORANG-ORANG TANGGUNGAN
Anak
Tindakan oleh Ketua Jabatan
- Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
- Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
- Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
- Balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan anggota Bdan-badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati dalam perkhidmatan/selepas bersara
- Duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 1.7.1980 dan mati dalam perkhidmatan/selepas bersara
- Anak-anak gemulah yang masih dibawah umur 21 tahun dan belum berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Anak-anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi bagi mendapat diploma / ijazah pertama; dan
- Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah sendiri..
-
- Ibu kepada anggota bujang atau bapa (jika ibu meninggal dunia)
- Wakil yang sah di sisi undang-undang
- Balu
- Duda dalam tanggungan yang mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;
- Anak, terhad kepada enam orang sahaja;
- Ibu atau bapa (jika tiada ibu) - Ibu atau bapa yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah.
- Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
- Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian 1976, menghendaki perkahwinan selepas 1.3.1982 di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara.
- Anak kandung
- Anak tiri tanggungan - Anak tiri gemulah lelaki
- Anak tak sah taraf - anak yang lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah.
- Anak angkat – anak yang di ambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
- Anak cacat – iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau kehilangan upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
- Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
- Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
- salinan sijil kematian
- salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
- salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
- salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
- dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
- sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
- Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
- Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan bencana
- Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan - Borang JPA.BP.SPT.B01a
- Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang - Borang JPA.BP.UMUM.B01
- Gambar berukuran pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu jari penerima pencen.
- Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki, anak di bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari pemohon.
- Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencen 1980.
- Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti gemulah yang kemas kini.
- Surat penyelesaian cukai pendapatan
- Laporan siasatan polis dan / keputusan ‘Inquest’ oleh mahkamah bagi kes kemalangan maut
- Laporan sosio – ekonomi ibu /bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Penyata KWSP 1036