Apa Itu Virus Zika?
Virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk Aedes merebak di sebahagian Amerika Latin dan Caribbean telah menimbulkan kebimbangan malah ia dikatakan penyebab bayi yang dilahirkan berkepala kecil di Brazil dan berkemungkinan turut menyebabkan beberapa isu kesihatan yang lain.
Memetik laporan AP, virus Zika (ZEE-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi virus itu ditemui.
Ia berasal terutamanya dari tropika Afrika dengan wabak di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dan muncul di Brazil tahun lalu dan sejak itu telah dilihat di banyak negara-negara Amerika Latin dan kepulauan Caribbean.
Virus Zika disebarkan melalui gigitan dari nyamuk dari jenis yang sama yang menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti demam denggi, chikungunya dan demam kuning.
Ia bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada ia merebak dari individu ke individu yang lain.
Pengkaji sedang mengkaji kemungkinan virus tersebut boleh dijangkiti melalui seks.
Ia ditemui di dalam air mani seorang lelaki di Tahiti dan terdapat satu lagi laporan mengenai kemungkinan penyebaran virus melalui hubungan seks.
Pertubuhan Kesihatan Dunia berkata, virus Zika cepat merebak di Amerika kerana ia adalah sesuatu yang baru di rantau itu.
Orang ramai masih tidak kebal (imun) kepada virus itu dan nyamuk Aedes aegypti (Aedes) ada dimana sahaja termasuklah sepanjang selatan Amerika Syarikat.
Hanya Kanada dan Chile yang tidak mempunyai nyamuk jenis ini.
SIMPTOM
Pakar berpendapat, orang yang dijangkiti virus Zika ini tidak jatuh sakit. Biasanya mereka hanya mengalami gejala ringgan seperti deman, ruam, sakit sendi dan mata merah yang hanya untuk tidak kurang dari seminggu.
Tiada ubat yang khusus dan tiada vaksin yang dibangunkan untuk itu yang berlaku untuk beberapa penyakit tropika lain yang menyebabkan wabak berkala.
APA YANG MENJADI KEBIMBANGAN SEKARANG
Di Brazil, ada bukti yang mengaitkan virus Zika yang menjangkiti wanita hamil akan menyebabkan kecacatan kelahiran yang dipanggil microcephaly di mana kepala bayi yang baru lahir adalah lebih kecil daripada biasa dan otak bayi mungkin tidak berkembang dengan baik.
Pegawai kesihatan Brazil Oktober lalu menyedari peningkatan yang mendadak dalam kes-kes microcephaly seiring dengan wabak Zika itu.
Bagaimanapun kaitan virus Zika masih dalam siasatan dan pegawai maklum bahawa banyak sebab keadaan tu. Hampir 4,000 kes yang berkemungkinan mempunyai kaitan.
Sementara itu, doktor juga mengambil perhatian kepada peningkatan laporan terhadap penyakit keadaan saraf yang dipanggil Guillain-Barre (gee-YAHN'-bah-RAY) yang boleh menyebabkan lumpuh.
Namun kaitan penyakit itu kepada virus Zika masih tidak jelas.
ADAKAH JANGKITAN DAPAT DIHENTIKAN
Individu boleh melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan penghalau serangga dan memakai baju serta seluar lengan panjang terutama pada waktu siang, apabila nyamuk cenderung untuk menjadi yang paling aktif.
Pegawai kesihatan berkata, menghapuskan tempat pembiakan dan mengawal populasi nyamuk boleh membantu mencegah penyebaran virus.
NASIHAT PERJALANAN
Pegawai kesihatan AS mengesyorkan bahawa wanita hamil perlu mengambil kira untuk menangguhkan perjalanan ke 22 destinasi di Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.
Di Brazil, kebanyakan ibu yang mempunyai bayi microcephaly telah dijangkiti semasa trimester yang pertama tetapi terdapat beberapa bukti kecacatan kelahiran boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Amaran perjalanan dikeluarkan kepada wanita di semua peringkat kehamilan.
- Sinar Harian