Top Ad 728x90

,

Tinggalan Rangka Manusia Gergasi Ditemui



Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di pesisir pantai di Melaka.

Mohd Fuad Khusari M. Said yang dilantik kerajaan Melaka untuk mencari tapak warisan bersejarah yang baharu berkata, beliau menjumpai beberapa tulang dengan sebahagian daripadanya terdedah di atas permukaan tanah di Pulau Upeh.

Beliau juga menjumpai dua kubur bersaiz luar biasa kira-kira 1.2 kilometer di luar gua tersebut.

Kubur berukuran kira-kira 5 meter (m) panjang dan 0.5m lebar itu terletak 15m dan 20m antara satu sama lain.

"Saya telah melaporkan penemuan ini kepada pihak berkuasa kerana kami tiada hak untuk menggali tapak tersebut tanpa kebenaran," katanya kepada The Star pada Sabtu.

Beliau berkata penemuan itu boleh membuktikan dakwaan penduduk awal di Melaka termasuk semasa zaman Kesultanan Melayu mempunyai struktur badan bersaiz gergasi.

Ahli sejarah yang berpengalaman 10 tahun dalam kajian arkeologi itu berkata, berdasarkan saiz tengkorak dan panjang tulang, baki rangka yang lain boleh berukuran antara 3m dan 5m panjang.

Mohd Fuad berkata panjang tinggalan rangka sepadan dengan saiz makam Sultan Ariffin dan tujuh pahlawan bersaudara di Pulau Besar.

"Tidak ada kerja-kerja penggalian di mana-mana kawasan kubur, malah kisah penduduk awal bersaiz gergasi masih kekal mitos.

"Namun, kajian terhadap penemuan terbaharu ini boleh membantu membuktikan atau menyangkal dakwaan bahawa manusia bersaiz gergasi berada di Melaka suatu ketika dulu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patxiotisme Malaysia (1KSEP), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata kubur tersebut lebih besar berbanding kubur pada zaman moden.

"Ini mungkin disebabkan saiz mereka yang dikebumikan atau ia dibina lebih besar berbanding biasa sebagai memberi penghormatan kepada mereka kerana menyebarkan ajaran Islam di dunia ini," katanya.

Beliau berkata Pulau Upeh pernah menjadi pangkalan pendakwah agama dari Pulau Jawa yang pergi ke Pelabuhan Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk dan pedagang pada abad ke-15 manakala kubur bersaiz besar di Pulau Besar kebanyakannya milik mereka yang berasal dari Yaman.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah dimaklumkan mengenai penemuan terbaharu di Pulau Upeh.

"Ya, kami telah menugaskan sejarawan itu untuk menyediakan fakta mengenai tapak bersejarah yang belum diterokai dan penyelidikan sedang dijalankan berhubung penemuan terbaharu kubur bersaiz gergasi itu," katanya.

Idris berkata beliau telah dimaklumkan bahawa penduduk kampung dari tanah besar telah meletakkan batu nisan di atas kubur tersebut beberapa tahun lalu.

- mSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90