Deliver2Me dalam Setel mudahkan pelanggan berbelanja di Kedai Mesra Petronas
Setel, platform e-pembayaran pertama di Malaysia memperkenalkan, Deliver2Me perkhidmatan pembelian dalam kereta pertama di Malaysia dengan pengenalan Setel Wallet, pembayaran tanpa tunai di Kedai Mesra Petronas.
Menyasarkan mereka yang sentiasa sibuk, Deliver2Me menawarkan pilihan yang mudah untuk berbelanja tanpa perlu meninggalkan kenderaan masing-masing.
Bagi pengguna yang lebih gemar berbelanja di dalam kedai, mereka boleh menggunakan Setel Wallet, sistem tanpa tunai untuk membayar barangan dengan mudah di 800 rangkaian Kedai Mesra.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, Setel kini berjaya mencapai matlamatnya untuk menembusi pasaran peruncitan mudah alih di Malaysia.
Menurut beliau, dengan pengenalan Deliver2Me dan Setel Wallet yang
menampilkan ciri-ciri baharu serta inovatif, telah memberi kemudahan
yang lebih baik di samping membantu
memaksimumkan keselamatan pengguna Setel di stesen minyak Petronas di seluruh negara.
“Ciri yang menerima permintaan tinggi ini membolehkan pembayaran barangan di Kedai Mesra dilakukan dengan sentuhan fizikal yang minimum sebagai ciri keselamatan tambahan menerusi Setel.
“Pengguna juga bukan sahaja dapat memperoleh mata ganjaran Mesra, malah menebus mata ganjaran terus daripada aplikasi tersebut,” katanya.
Iskandar menerangkan, penambahan dua ciri ini merupakan batu loncatan dalam usaha syarikat membawakan lebih banyak lagi ciri intuitif yang disesuaikan untuk setiap pelanggan, sejajar dengan kepelbagaian tawaran yang semakin meningkat.
Deliver2Me kini boleh digunakan di enam stesen Petronas yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara berperingkat ke semua stesen yang menggunakan Setel di seluruh negara bermula suku pertama 2021.
Setel juga boleh digunakan di lebih 900 stesen Petronas di seluruh negara dan percuma buat pengguna iOS serta Android melalui muat turun di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.