Top Ad 728x90

,

Tempahan Honda CR-V baharu kini dibuka

 

Tempahan untuk model versi baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V kini dibuka di semua 101 rangkaian pengedar jenama dari Jepun itu di seluruh negara.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit model CR-V generasi kelima itu sudah terjual.

Katanya, CR-V menyumbang 19 peratus daripada keseluruhan segmen SUV bukan nasional, menjadikannya salah satu daripada SUV yang popular dan digemari dalam pasaran.

"CR-V Baharu ini dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini dan akan menjadi peneraju dalam segmen SUV," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata CR-V mencatat sejarah apabila menjadi model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang dikeluarkan di kilangnya di Melaka pada 2003.

"Ia terus menjadi peneraju dalam segmen SUV dan pasaran dengan lebih 100,000 unit telah terjual sejak daripada itu. Kami yakin CRV baharu ini bukan akan meneruskan rekod terbaiknya ini, tetapi mengekalkan statusnya sebagai yang pertama dalam segmen SUV bukan nasional," katanya.

CR-V baharu itu didatangkan dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo, ia mampu menghambur sehingga 193 PS dan tork 243 Nm, menjadikannya lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4 liter.

Model itu juga dilengkapi dengan ciri keselamatan maju yang menyediakan prelindungan komprehensif untuk pemandu dan penumpang menerusi Honda SENSING yang mengandungi lapan ciri.

Antaranya termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Waring (LDW). 

Sumber : Atty 

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90