Khidmat e-Filing Tahun Saraan 2021 bermula Mac ini

 

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, P, TF dan TP, bermula 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dalam kenyataannya memaklumkan, sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke 'MyTax', seterusnya ke 'Perkhidmatan ezHasil' dan 'e-Filing'.

Bagi pembayar cukai yang baharu mendaftar masuk buat kali pertama, mereka perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.

"Jika pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan berkenaan boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

"Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara) atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat serta mengunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran," katanya dalam kenyataan.

HASiL turut menyarankan pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang sudah ditetapkan. 

"Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.

"Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.

"Ia seperti yang diperuntukkan bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967. Perkara ini perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan," katanya.

Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

 

 

 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url