E-kredit RM100 boleh ditebus mulai 4 Disember 2023

 



Tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100 sekali bayar buat rakyat Malaysia dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini, 4 Disember 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, e-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu berumur 21 tahun ke atas dengan nilai kos RM1 bilion.

"Seperti saya umumkan semasa peluncuran Ekonomi Madani, kerajaan akan melaksanakan program Emadani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 'one-off' kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

"Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani akan dibuka mulai Isnin 4 Disember hingga 20 Februari 2024 membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna," katanya ketika membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara.

Sumber : Harian Metro

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url