Aplikasi Maybank, transaksi kad debit tergendala
Aplikasi MAE (aplikasi), Maybank2u (laman web dan aplikasi), Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi) serta transaksi kad debit Malayan Banking Bhd tergendala buat sementara waktu.
"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin.
"Terima kasih atas kesabaran anda," demikian umum Maybank menerusi laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) hari ini. –
Sumber : Bernama