Selasa lalu, tular poster melalui media sosial mengenai penganjuran acara memaparkan sekumpulan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini di tepi pantai yang dikatakan berlaku di pulau terbabit pada 20 Mei lalu.
Selain poster, turut tersebar foto dan video yang didakwa dipetik dari parti yang turut diisi nyanyian serta tarian, sehingga menimbulkan kecaman dan kritikan netizen.
Mengulas lanjut, Razali berkata, pemilik resort berkenaan didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
"Pengusaha resort diingatkan tidak mengambil kesempatan berikutan kehadiran terlalu ramai pelancong dengan menganjurkan aktiviti yang melanggar SOP.
"Kerajaan tidak mahu menjadikan negeri ini sebagai tempat kecelakaan maksiat dan tindakan lebih tegas akan dikenakan ke atas pengusaha resort yang didapati melanggar peraturan itu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming, berkata pihaknya akur dengan denda akan dikenakan.
"Kita meminta maaf dan akan lebih berwaspada serta berhati-hati untuk menganjurkan aktiviti pada masa akan datang," katanya.
Sumber : Berita Harian