Farm Fresh perkenal produk baharu choco Malt

 


Syarikat tenusu, Farm Fresh memperkenalkan produk terbaharu mereka, Farm Fresh choco Malt iaitu minuman coklat malt yang tinggi serat fiber, tinggi protein, dan rendah gula.

Produk baharu ini pertama kali diperkenalkan secara eksklusif melalui jualan siaran langsung (live streaming) di saluran TikTok rasmi Farm Fresh pada 19 Julai dan diperkenalkan sendiri secara istimewa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, , Loi Tuan Ee Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, dan Azmi Zainal. 

Azmi Zainal ketika ditemui berkata, Farm Fresh choco Malt merupakan alternatif terbaharu untuk rakyat Malaysia yang sukakan coklat malt, tapi ingin mencari pengganti yang lebih sihat dan yang paling penting, dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

“Sebagai syarikat tempatan, kami pastikan kami memberi pilihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Farm Fresh  sering mengajak pengguna untuk sentiasa peka dengan bahan-bahan dalam produk makanan atau minuman yang mereka pilih kerana kami percaya  kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan,” katanya. 

Farm Fresh choco Malt boleh dibeli secara eksklusif di kedai TikTok Rasmi Farm Fresh dan bakal diperkenalkan di platform jual beli Shopeee dan peruncitan besar-besaran tidak lama lgi.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url