Contoh Soalan Psikometrik PTD

on Sabtu, Februari 22, 2025

Tag : ,

JPJ perkenal JPJeBid Mobile, saluran tambahan bidaan nombor pendaftaran kenderaan

on Selasa, Februari 18, 2025

 


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Dalam satu kenyataan hari ini, Aedy Fadly berkata pengguna boleh memuat turun aplikasi JPJeBid Mobile menerusi Apple AppStore, Google PlayStore atau Huawei AppGallery dan log masuk menggunakan akaun JPJeBid sedia ada.

Katanya, sepanjang tempoh ujian rintis itu, saluran bidaan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada portal JPJeBid https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/ dan aplikasi JPJeBid masih boleh digunakan seperti biasa.

"Aplikasi JPJeBid Mobile dilengkapi dengan beberapa fungsi baharu antaranya mesra pengguna, navigasi, notifikasi dan ciri-ciri personalisasi," katanya.

Aedy berkata pembangunan aplikasi itu menggunakan teknologi mudah alih terkini bagi memastikan platform yang disediakan lebih kukuh dan cekap dalam menangani isu ketercapaian terhad sistem JPJeBid sedia ada.

Bagi memastikan aplikasi JPJeBid Mobile memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, beliau berkata JPJ akan melaksanakan kaji selidik secara dalam talian bermula esok melalui peti masuk akaun pengguna JPJeBid secara berperingkat.

"Maklum balas daripada pengguna JPJeBid sepanjang tempoh ujian rintis amat penting bagi tujuan penambahbaikan aplikasi JPJeBid Mobile," katanya.

Sumber : BERNAMA

Tag : , , , ,

Hening Rindu dinobat juara AJL 39

on Isnin, Februari 17, 2025

 


Komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh mencipta kejutan apabila lagu Hening Rindu ciptaannya yang dinyanyikan oleh Marsha Milan dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Kemenangan lagu Hening Rindu berjaya mengenepikan pesaing terdekat seperti lagu Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Bukan Lagi Kita (Nadeera) dan Diam (Hael Husaini) yang diramalkan menggenggam trofi idaman ramai itu.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ikhwan, Wan Saleh dan Marsha membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.

AJL 39 dinilai Edry Abdul Halim selaku Ketua Juri dengan dibantu Edrie Hashim, Ed Samad, Datuk Ahmad Izham Omar, LY, Fauziah Latiff, Siti Hajar, Datuk Hattan dan Datuk Fauziah Nawi.

Lebih tiga dekad sejak penganjurannya, AJL bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutama memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 39 mengetengahkan Nada Rasa sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

AJL 39 menyaksikan gandingan antara Nazrudin Rahman dan Sissy Imann sebagai hos.

AJL 39 membuka tirai dengan persembahan daripada Wani Kayrie yang menyampaikan lagu Cindai diikuti Shiha Zikir (Asmaradana), Ara Johari (Tak Ada Logika) dan Noki K-Clique (Angkat)

Segmen Interlude dijayakan oleh penyanyi popular era 1990-an, Amir Ukays dengan menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Segmen itu kemudian disusuli dengan persembahan Sham Visa menyampaikan lagu Untukmu Selamanya dan Dalam Gerimis.



Tag : ,
 
© MY ADHA | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2025
D.I.Y Themes ByBelajar SEO