Pemakanan dan rambut gugur: Mitos atau fakta?

 



MASALAH rambut gugur isu yang tidak asing lagi bagi ramai orang, tidak kira lelaki atau wanita.

Rambut manusia biasanya gugur sebanyak 50 hingga 100 helai sehari melalui proses semula jadi.

-ADVERTISEMENT-

Namun keguguran rambut yang melebihi jumlah biasa amat membimbangkan.

Rambut yang gugur bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan diri, malah boleh menjejaskan keyakinan seseorang.

Walaupun terdapat banyak faktor menyumbang kepada rambut gugur seperti genetik, hormon, dan gaya hidup, pemakanan tidak seimbang turut memainkan peranan penting dalam masalah ini.

Mengatasi masalah rambut gugur, pengambilan pemakanan sihat dan berkhasiat langkah yang bijak.

alah satu jenis pemakanan yang sangat penting untuk kesihatan rambut ialah protein.

Rambut terdiri daripada 95 peratus keratin, iaitu sejenis protein.

Oleh itu, tubuh memerlukan protein mencukupi untuk menghasilkan rambut sihat dan kuat.

Makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, dan produk tenusu dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan mudah gugur.

Selain protein, vitamin A juga penting untuk kesihatan rambut. Vitamin A membantu penghasilan sebum, sejenis minyak semula jadi dihasilkan kulit kepala untuk melembapkan rambut.

Tanpa sebum mencukupi, rambut akan menjadi kering dan rapuh, menyebabkan ia mudah gugur.

Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuklah lobak merah, bayam, ubi keledek, dan kekacang.

Namun, pengambilan vitamin A berlebihan juga tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Vitamin C pula memainkan peranan dalam meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala, yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut lebih sihat.

Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen, yang penting untuk struktur rambut.

Buah-buahan seperti oren, limau nipis, strawberi, dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan perlu dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan rambut.

Zat besi satu lagi nutrien penting untuk rambut. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, serta kekacang.

Zat besi juga penting untuk sistem tubuh yang sihat secara keseluruhan, selain daripada memperbaiki kesihatan rambut.

Omega-3 adalah lemak sihat yang membantu mengurangkan keradangan dan menyuburkan kulit kepala.

Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut rapuh.

Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan salmon, sardin, kekacang, dan biji chia boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut.

Sumber : Berita Harian

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url