HONOR Malaysia hari ini melancarkan ahli terbaharu dalam Siri X, HONOR X6c, sebuah telefon pintar yang menggabungkan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dengan ketahanan luar biasa pada harga mampu milik RM599.
Model ini direka khusus bagi memenuhi keperluan digital seisi keluarga, terutamanya warga emas, remaja dan kanak-kanak, dengan menawarkan fungsi capaian pantas, jangka hayat bateri panjang dan prestasi lancar.
Pengurus Negara HONOR Malaysia, Justin Li, berkata pengenalan HONOR X6c adalah bukti komitmen HONOR untuk membawakan teknologi AI kepada semua lapisan masyarakat.
"Kami faham bahawa setiap pengguna mempunyai keperluan berbeza. HONOR X6c direka dengan ciri AI yang intuitif seperti Butang AI, alat suntingan foto pintar, dan prestasi yang dioptimumkan untuk memudahkan tugasan harian sama ada untuk warga emas, pelajar mahupun remaja," katanya dalam satu kenyataan.
vCiri utama yang menjadi tumpuan ialah Butang AI pada sisi peranti, yang membolehkan pengguna menetapkan sehingga enam aplikasi pilihan untuk akses segera. Fungsi ini amat praktikal untuk warga emas yang mahu membuat panggilan atau membalas mesej di WhatsApp tanpa perlu melalui langkah yang rumit.
Selain itu, butang ini juga boleh melancarkan aplikasi Google Lens dengan menekan lama, membolehkan pengguna menterjemah teks asing, mencari maklumat produk, atau membantu pelajar menyelesaikan soalan kerja rumah menerusi mod 'Homework'.
vBagi peminat fotografi, HONOR X6c dilengkapi alat penyuntingan foto berkuasa AI. Ciri seperti AI Eraser boleh memadam objek yang tidak diingini, AI Outpainting meluaskan latar belakang gambar secara semula jadi, dan AI Beauty memperhalusi potret wajah dengan kemas.
Untuk menyokong penggunaan sepanjang hari, ia dipadankan dengan bateri berkapasiti besar 5300mAh, yang mampu bertahan sehingga 21 jam untuk pelayaran web. Teknologi 35W HONOR SuperCharge pula membolehkan pengecasan pantas, malah mampu memberikan masa panggilan sehingga 60 minit walaupun bateri hanya berbaki dua peratus.
Dari segi prestasi, peranti ini menawarkan storan besar 256GB ROM yang boleh menyimpan lebih 60,000 gambar dan 16GB RAM (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) untuk memastikan pengalaman multi-tugas yang lancar tanpa lengah masa.
Menyedari gaya hidup aktif pengguna, HONOR X6c dibina dengan ketahanan lasak yang diiktiraf melalui Pensijilan Premium SGS untuk Rintangan Jatuh dan Hentakan sehingga 1.5 meter, serta penarafan IP64 untuk kalis air dan habuk.
Pengalaman tontonan juga tidak diabaikan menerusi skrin 6.61 inci dengan kadar segar semula 120Hz yang disokong teknologi Keselesaan Mata HONOR, termasuk Mod E-book dan Pemalapan Dinamik bagi mengurangkan ketegangan mata.
HONOR X6c boleh didapati dalam dua warna pilihan iaitu Ocean Cyan dan Midnight Black di semua HONOR Experience Stores di seluruh negara mulai 13 Jun 2025.
{ 0 Comment... read them below or add one }
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.