Etiqa lancar takaful pelaburan patuh Syariah pertama untuk pelanggan Maybank

 


Etiqa, cabang insurans dan takaful terkemuka di rantau ASEAN di bawah Kumpulan Maybank, melancarkan penyelesaian takaful berasaskan pelaburan patuh Syariah pertama seumpamanya yang eksklusif untuk pelanggan Maybank.

Produk baharu yang dinamakan Dynamic Horizon itu diperkenalkan susulan permintaan tinggi dan komitmen Maybank terhadap penyelesaian Pengurusan Kekayaan patuh Syariah.

Ia dijangka mencatatkan jualan melebihi RM30 juta dalam tempoh 12 bulan pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Bhd, Zafri Ab Halim, berkata Dynamic Horizon dirangka khusus untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pe      rlindungan dan kekayaan berasaskan nilai, merentasi segmen pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

"Di Etiqa, kami percaya bahawa pemerkasaan kewangan bermula dengan akses, kepercayaan dan inovasi.

"Dynamic Horizon mencerminkan komitmen kami dalam menawarkan penyelesaian patuh Syariah yang bukan sahaja melindungi keluarga, tetapi juga membantu mereka membina kekayaan secara bertanggungjawab.

"Dengan memperkasa pelanggan untuk merancang masa depan dengan yakin dan meninggalkan legasi bermakna, Dynamic Horizon selari dengan tujuan korporat kami, iaitu 'Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Bhd, Nor Shahrizan Sulaiman, berkata pelan ini bakal merubah cara rakyat Malaysia merancang dan melindungi kekayaan mereka serta mengukuhkan lagi kedudukan Maybank sebagai peneraju pengurusan kekayaan patuh Syariah.

"Pelanggan hari ini mencari penyelesaian yang mencerminkan bukan sahaja matlamat kewangan semata-mata, tetapi juga pegangan nilai dan kepercayaan mereka.

"Dynamic Horizon menjawab keperluan itu dengan menawarkan perlindungan bermakna sambil memelihara niat untuk generasi akan datang.

"Sama ada melalui hibah atau perancangan pewarisan harta tersusun, kami berbesar hati dapat menawarkan pelan takaful yang memberikan kejelasan, ketenangan dan ketulusan," katanya.

Sejak pelancarannya, Dynamic Horizon menerima sambutan menggalakkan, terutamanya dalam kalangan pelanggan Pengurusan Kekayaan patuh Syariah (IWM) Maybank Islamic yang ingin menyelaraskan perancangan kewangan mereka dengan nilai dan hasrat pewarisan untuk generasi seterusnya, dengan peningkatan lebih tiga kali ganda daripada sasaran jualan bulanan.

Dynamic Horizon adalah produk takaful berkait pelaburan sumbangan tunggal yang menggabungkan perlindungan menyeluruh dengan pelbagai pilihan pelaburan patuh Syariah.

Pelan itu menawarkan manfaat hibah, penukaran dana yang fleksibel serta perlindungan sehingga 125 peratus daripada jumlah sumbangan tunggal bagi memberikan perlindungan jangka panjang dan potensi pertumbuhan kekayaan dalam satu pelan menyeluruh.

Sumber - Mohd Adha Mohd Zain

Emai

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url