Agihan pendapatan ASB 5.75 sen seunit Tahun 2025

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Jumlah pembayaran keseluruhan adalah sebanyak RM10.4 bilion dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB.

ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya berbanding tahun 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila ia berjaya meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29 peratus kepada 346 mata asas.

Prestasi pengagihan dividen yang kukuh dan berterusan itu dicapai dalam persekitaran pasaran ekuiti awam domestik yang mencabar, di mana FBM KLCI mencatat pulangan harga sebanyak -0.3 peratus sehingga kini bagi tahun 2025.

Pasaran ekuiti domestik terjejas oleh aliran keluar dana asing yang berterusan serta sentimen pelabur yang berhati-hati, meskipun prestasi asas ekonomi Malaysia kekal positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 dijangka mencapai antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kemasukan pelaburan yang ketara serta pengukuhan nilai ringgit yang meningkat sebanyak 8.7 peratus kepada RM4.09 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dalam satu kenyataan berkata, selama lebih 46 tahun, PNB telah diamanahkan untuk melindungi simpanan hasil titik peluh rakyat.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url