Arif Aiman selamat jalani rawatan

 


Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bertekad untuk kembali lebih kuat selepas selamat menjalani rawatan susulan kecederaan dialaminya baru-baru ini.

Perkembangan itu dikongsikan pemain berusia 23 tahun berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya, ariifaiman42.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doakan saya cepat sembuh dan dapat kembali lebih kuat, insya-Allah," tulis Arif Aiman dalam hantaran tersebut.

Arif Aiman sebelum ini mengalami kecederaan ketika mewakili skuad kebangsaan dalam aksi Kumpulan F, kelayakan Piala Dunia 2027 menentang Nepal pada 18 November lalu.

Dia dilaporkan hanya sempat beraksi kira-kira lapan minit sebelum digantikan Faisal Halim dalam perlawanan yang berkesudahan kemenangan 1-0 buat Harimau Malaya.

Hantarannya itu turut menerima pelbagai reaksi daripada penyokong yang rata-rata mendoakan kesembuhannya.

"Semoga cepat sembuh Arif Aiman, idola," tulis pemilik akaun hakim_je2649.

"Doa rakyat Malaysia ada di belakang kau, Arepp! Insya-Allah," tulis pengguna l0wwkey.0.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url