Keputusan SPM ulangan 2026 pada 20 Ogos
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 membabitkan seramai 12,974 calon di seluruh negara akan diumumkan 20 Ogos 2026 (Khamis).
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan calon boleh membuat semakan secara dalam talian menerusi portal myresultspmu.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, 26 Ogos ini.
"KPM memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 akan dikeluarkan pada 20 Ogos 2026.
"Seramai 12,974 orang calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026.

