Malaysia dijangka terima 2 pesawat tempur ringan FA-50M dari Korea Selatan

 


Dua pesawat tempur ringan (LCA) baharu negara, FA-50M buatan Korea Selatan, dijangka tiba Jumaat ini.

Menerusi hantaran di Facebook 'Informasi Tempur', ketika ini, infrastruktur, anggota dan sokongan penyelenggaraan juga sudah disiapkan.

"Dua pesawat FA-50M pertama buatan Korea Selatan dijangka tiba Jumaat ini yang bakal mencatat sejarah baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Kita telah lama hendak menantikan berita sebegini setelah kali terakhir TUDM menerima pesawat tempur baharu pada 2007 iaitu Sukhoi Su-30MKM ketika itu," katanya.

Difahamkan, baki 16 pesawat dijadualkan diterima secara berperingkat sehingga Mac 2028.

Katanya, ketika ini, Skuadron No 15 juga telah dipindahkan ke Pangkalan Udara Kuantan bagi mengendalikan LCA berkenaan.

"Juruterbang serta anggota teknikal telah menjalani latihan khusus di Korea Selatan sebagai persediaan mengoperasikan FA-50M," katanya.

Menurutnya, FA-50M dilengkapi radar Jujukan Imbasan Elektronik Aktif (AESA), avionik moden, sistem penyasaran canggih dan keupayaan serangan berketepatan tinggi.

Malah katanya, kehadiran FA-50M akan meningkatkan keupayaan pertahanan udara, latihan tempur dan serangan TUDM dalam menghadapi keperluan operasi semasa.

Sumber : Berita Harian

Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url