RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan
Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha



DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

on Monday, February 9, 2009

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH):
-Sejarah
-Pendidikan Jasmani
-Geografi
-Pengajian Am
-Kaunseling
-Seni / Seni Visual
-Perdagangan / Perniagaan
-Pendidikan Moral
-Muzik
-Sivik & Kewarganegaraan
-Guru Al-Quran KAA
-Pendidikan Islam
-Pendidikan Khas
-Elektrik dan Elektronik
-Amalan Bengkel Mesin
-Kimpalan
-Automatif
-Penyejukan Penyamanan Udara
-Binaan Bangunan
-Ekonomi Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Computer Programming
-Kemahiran Teknikal
-Perdagangan / Keusahawanan
-Tanaman Makanan
-Lukisan Kejuruteraan
-Bahasa Arab
-Bahasa Cina
-Kesusasteraan Cina
-TESL

PENEMPATAN:
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

(Calon guru akan ditempatkan selama setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing)

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT AM
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK (CGPA) sekurang - sekurangnya 2.75
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai
-Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai

SYARAT KHAS PROGRAM
-Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

-Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.

-Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

SYARAT TAMBAHAN
-Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.

-Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

-Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

-Sila semak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

-Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.

Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
-Maklumat Permohonan
-Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
-Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
-Akuan majikan (Jika Berkaitan)
-Salinan Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda bagi 6 semester
-Salinan Ijazah/Skroll (jika ada)
-Salinan sijil Diploma/Sijil SPM

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 13 April 2009 melalui laman web http://www.mpm.edu.my. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

Panggilan temuduga boleh disemak mulai 11 Mei 2009 melalui laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

-Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
Untuk memohon, beli no. PIN dengan no. MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan harga RM20.60 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Mesin ATM GIRO BSN.
Pilih Menu NO. PIN > IPTA > Diploma Pendidikan

TEMPOH PERMOHONAN:
9 Februari 2009 sehingga 9 Mac 2009

Isi Borang Permohonan On-line di:
http://upu.mohe.gov.my
https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php

Tarikh Tutup: 9 Mac 2009

PERHATIAN :


Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;

-Pemohon Lepasan Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang - sekurangnya 2.75. mengemukakan permohonan mulai 9 Februari 2009 hingga 9 Mac 2009.

-Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan sehingga permohonan akhir SAH & HANTAR seterusnya TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA.

-Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan

-Pengunaan No. Kad Pengenalan/ MyKad serta Kata Laluan, Nama Ibu & kod Imej ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan permohonan;

-Kata Laluan & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumat;

-Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.

KALENDAR PERMOHONAN DPLI :

9 Februari 2009 : Tempoh Permohonan On-line

9 Mac 2009 : Tarikh Tutup Permohonan On-line

12 Mac 2009 : Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA

13 April 2009 : Semakan untuk Ujian MEdSI

18 April 2009 : Ujian MEdSI

11 Mei 2009 : Semakan untuk Temuduga DPLI

Mei / Jun 2009 : Tempoh Temuduga DPLI

Julai 2009 : Kemasukan DPLI di IPTA

* Tertakluk kepada perubahan


SENARAI IPTA, ALAMAT & KOD PROGRAM

Senarai mengikut Universiti, Alamat, Nama Program, Kod Program & Syarat Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang sesuai dengan program tersebut


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
TANJUNG MALIM
35900 PERAK


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - AT03D
Sains Sukan
Sains Kesihatan

KAUNSELING - AT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - AT06D
Bahasa Inggeris

SAINS PERTANIAN - AT09D
Pertanian
Perhutanan
Kejuruteraan Pertanian
Bioteknologi

COMPUTER PROGRAMMING - AT20D
Kejuruteraan Komputer
Kejuruteraan Perisian
Sains Komputer
Teknologi Maklumat

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN - AT21D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan Perakaunan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

MUZIK - AT22D
Muzik
Seni Persembahan

SENI / SENI VISUAL - AT23D
Seni Halus
Seni Kreatif
Seni Lukis
Seni Visual

SEJARAH - AT32D
Sejarah
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

GEOGRAFI - AT33D
Geografi
Kejuruteraan Alam Sekitar
Perancangan Bandar dan Wilayah

PENDIDIKAN ISLAM - AT35D
Pengajian Islam
Pengajian Islam / Bahasa Arab

PENDIDIKAN MORAL - AT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - AT45D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan Perakaunan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - AT49D
Bahasa Arab
Pengajian Islam / Bahasa Arab

BAHASA CINA - AT50D
Bahasa Cina

PENGAJIAN AM - AT58D
Undang-undang
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

EKONOMI RUMAH TANGGA - AT63D
Hospitaliti
Kejuteraan Proses & Makanan
Sains Makanan
Teknologi Makanan

KEMAHIRAN TEKNIKAL - AT71D
Arkitektur
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Bangunan
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Reka Bentuk
Teknologi Kejuruteraan
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Elektronilk

KESUSASTERAAN CINA - AT73D
Bahasa Cina
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Sejarah

SIVIK & KEWARGANEGARAAN - AT74D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - AT76D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA
BATU PAHAT
86400 JOHOR


LUKISAN KEJURUTERAAN - BT52D

AMALAN BENGKEL MESIN - BT65D

KIMPALAN - BT66D

PENYEJUKAN PENYAMANAN UDARA - BT68D

BINAAN BANGUNAN - BT69D

KEMAHIRAN TEKNIKAL - BT71D

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK - BT72D

Kejuruteraan Awam/Civil Engineering
Kejuruteraan Reka bentuk
Teknologi Kejuruteraan/ Engineering Technology
Kejuruteraan Mekanikal/Mechanical / Mechanical Engineering
Kejuruteraan Mekanikal(Perkapalan)/ Mechanical (Shipping)Engineering
Kejuruteraan Automotif/Automotive Engineering
Kejuruteraan Aeronautikal/Aeronautical
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektrik Atau Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Bangunan
Kejuruteraan Pembuatan
Teknologi pengeluaran dan pengurusan
Kejuruteraan maritim
Kejuruteraan elektronik


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM)

TIMBALAN NAIB CANSELOR
AKADEMIK & ANTARABANGSA
CANSELORI
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
JALAN SULTAN MAHMUD
KUALA TERENGGANU
20400 TERENGGANU


PENDIDIKAN ISLAM - DT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Syariah Islamiah
Usuluddin


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

KETUA
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
BANGUNAN UITM INTERNATIONAL CENTER (UIC)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
40450 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - ET03D
Sains Sukan
Pengurusan Sukan
Sains Kemasyarakatan/Kemanusiaan

TESL - ET06D
Pengajian Inggeris / English Literature

SENI / SENI VISUAL - ET23D
Reka Bentuk
Seni Halus
Seni Halus (Grafik, Komunikasi, Lakonan dan Pengarahan)
Seni Kreatif
Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik/Perindustrian)
Seni Lukis dan Seni Reka (Logam Halus/Seramik)
Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen/Tekstil)

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - ET45D
Perdagangan
Pentadbiran Perniagaan
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Pengurusan Sistem Pejabat
Sains Pentadbiran/Pentadbiran Korporat


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 3 BLOK UTARA BANGUNAN CANSELORI
BEG BERKUNCI 2073
KOTA KINABALU
88999 SABAH


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - HT03D
Sukan & Rekreasi
Sains Sukan
Pengurusan Sukan

TESL - HT06D
TESL/ ESL/ EFL
Pengajian Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Bahasa Inggeris

SEJARAH - HT32D
Sejarah
Perhubungan Antarabangsa
Sains Politik
Muzium Dan Antikuiti
Arkeologi

GEOGRAFI - HT33D
Geografi
Perancangan Bandar dan Wilayah
Alam Sekitar
Geologi
Pertanian
Perhutanan


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
43600 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - KT03D
Sains Sukan

PENDIDIKAN ISLAM - KT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab/ Pengajian Islam
Pengajian Islam/ Bahasa Arab

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - KT45D
Perniagaan/ Perdagangan
Perakaunan
Ekonomi
Kewangan

MASALAH PEMBELAJARAN - KT76D

MASALAH PENDENGARAN - KT77D

MASALAH PENGLIHATAN - KT78D

Sebarang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian


UNIVERSITI MALAYA (UM)

DEKAN, FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR


PENDIDIKAN ISLAM - MT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

BAHAGIAN AKADEMIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SERDANG
43400 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - PT03D
Sains Sukan

KAUNSELING - PT04D
Bimbingan dan Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia
Pengajian Islam

TESL - PT06D
TESL/ ESL/ EFL
Pengajian Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Bahasa Inggeris
Komunikasi
Sains Sosial

SAINS PERTANIAN - PT09D
Pertanian
Perhutanan
Kejuruteraan Pertanian
Bioteknologi

PENDIDIKAN ISLAM - PT35D
Usuluddin
Syariah
Pengajian Islam
Pengajian Islam / Bahasa Arab

PENDIDIKAN MORAL - PT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

EKONOMI RUMAH TANGGA - PT63D
Fesyen dan Tekstil
Sains Makanan
Pembangunan Manusia
Hospitaliti
Teknologi Makanan


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI
NILAI
71800 NEGERI SEMBILAN


PENDIDIKAN ISLAM - QT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab/ Pengajian Islam
Syariah Undang - Undang

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - QT49D
Bahasa Arab
Bahasa Arab / Pengajian Islam


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 PULAU PINANG


TESL - ST06D
Bahasa Inggeris

SEJARAH - ST32D
Sejarah
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

GEOGRAFI - ST33D
Geografi
Kejuteraan Alam Sekitar
Perancangan Bandar dan Wilayah

MASALAH PEMBELAJARAN - ST76D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia

MASALAH PENGLIHATAN - ST78D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTM SKUDAI
81310 JOHOR


PENDIDIKAN ISLAM - TT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab

EKONOMI RUMAH TANGGA - TT63D
Fesyen dan Tekstil
Sains Makanan dan Pemakanan
Hospitaliti
Teknologi Makanan

AMALAN BENGKEL MESIN - TT65D
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal

KIMPALAN - TT66D
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteran Kimpalan
Kejuruteraan Mekanikal

AUTOMOTIF - TT67D
Kejuruteraan Automotif
Teknologi Kejuruteraan Automotif
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Automotif)
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automotif)
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

PENYEJUKAN PENYAMANAN UDARA - TT68D
Teknologi Kejuruteraan Penyejukan Penyaman Udara
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal

KEMAHIRAN TEKNIKAL - TT71D
Teknologi Kejuruteraan Awam
Teknologi Kejuruteraan Bangunan
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk
Kejuruteraan Mekanikal
Rekabentuk Industri
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Mekatronik
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Rekabentuk
Kejuruteraan Awam

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK - TT72D
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Mekatronik


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK
06010 KEDAH


KAUNSELING - UT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - UT06D
Bahasa Inggeris

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN - UT21D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan
Perakaunan
Keusahawanan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

PENDIDIKAN ISLAM - UT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Usuluddin
Syariah
Fiqh
Al –Quran dan Al Sunah
Ilmu Wahyu

PENDIDIKAN MORAL - UT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - UT45D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan
Perakaunan
Keusahawanan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

SIVIK & KEWARGANEGARAAN - UT74D
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

UNIT KEMASUKAN,
PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
P.O BOX 10
50728 KUALA LUMPUR


KAUNSELING - YT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - YT06D
Bahasa Inggeris

PENDIDIKAN ISLAM - YT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab

GURU AL QURAN KAA - YT36D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Pengajian Al-Qur’an

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - YT49D
Bahasa Arab
Pengajian Islam / Bahasa Arab



* Sila tuliskan "DIPLOMA PENDIDIKAN" di kiri atas sampul surat

Untuk mendapatkan maklumat mengenai IPTA pilihan anda, sila ke :
http://upu.mohe.gov.my

* Lihat Bahagian "Mengenai IPTA"
Ranking: 5

{ 279 comments... read them below or add one }

«Oldest  
‹Older
  1 – 200 of 279   Newer›   Newest»
Anonymous said...

kalau dah abes belajar tp belum grad...grad bulan 8 ni...boleh ker apply?


maha said...

my cgpa 2.70.can i apply?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

CGPA mesti 2.75 dan ke atas
nak cuba takpe tp tak jamin la

lepas dapat ijazah (konvo) baru boleh apply


Anonymous said...

nape link http://www.upu.mohe.gov.my sy xbole bukak?

kalo bukak link http://www.mohe.gov.my/ pulak, sy xjumpa link utk mndapatkn borg.awk bole tlg x?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

diaorang tak update lagi tu
lambat betul la
hehe


Anonymous said...

salam... sy konvo ujung bln mac ni... saya layak kan memohon utk DPLI ni.. coz like years before ada yang d ujian medsi tp x konvo lg.. n d panggil untuk temuduga.. mean at least dh konvo sblm pengambilan bln julai ni..
and 1 more ye ke kne antar suma salinan2 dokumen mcm yg en adha publish tu.. taun lepas sy isi xda pn kne anta dokumen2 tu suma...

sorry juat wanna explanation.. tq


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam...

ya, kalau agak2 sempat dengan konvo tu boleh la apply:)


Anonymous said...

salam..sy bdk uitm konvo bln 4 atau 5 kot..leh x apply dpli ni ek..?really interested..skrg ni jd gstt..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
masa interview, panel nak tengok ijazah yg sebenar
kalau rasa sempat, boleh la apply :)


zila said...

salam..kalau pregnant boleh apply ke?


Anonymous said...

salam...kalau lepasan sijil politeknik bole mohon ke tak ek?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
tiada syarat untuk menghalang orang mengandung memohon
bergantung kepada panel penemuduga

DPLI ini hanya untuk Lepasan Ijazah mana2 universiti (IPTA) @ universiti luar negara yang diiktiraf oleh JPA


Navil said...

mcmana nak tau ijazah dr universiti luar negara saya di iktiraf atau tidak? ini dr University of Herdfordshire, UK..tapi di buat di INTI COLLEGE la..


Navil said...

www.mohe.gov.my blm update lagi ke? dari tadi cari borang nak isi utk DPLI ambilan julai 2009....

takda pun?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

pengiktirafan ijazah boleh check di JPA
www.jpa.gov.my

borang DPLI di:
www.upu.mohe.gov.my


Anonymous said...

borang permohonan dpli can be found at this link :

https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php


Ckin said...

Salam...

Sedih la, td kte g BSN wangsa maju, meke ckp no.pin xjual lagi.
ble no pun djual ye?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
dah jual sebenarnya
mungkin BSN tu belum sedia @ tak tahu
kalau saudari ada kad GIRO BSN
boleh beli guna kad GIRO
guna akaun GIRO saudara2 @ rakan2 pun takpe
masukkan no. kad pengenalan saudari
ok?


Anonymous said...

slm..
nape agaknye ek.. sblm ni x perlu pn kirim salinan sijil suma tu kat univ yg kita aply.. adakah univ ni nk cek samaada kita dh konvo atau belum, then baru d pertimbangkan untuk menduduki ujian medsi... klu cam ni melepas la sy.. sy bru nk konvo hjung bln mac ni.. tp dh kne minta transkrip keputusan sblm 12 mac ni... adakah ini menunjukkan saya mmg x layak untuk memohon DPLI ni..????


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

kalau belum konvo
tak perlu bagi salinan ijazah lagi masa memohon / hantar ke IPTA
yang penting, semasa temuduga kena bawa ijazah & transkrip yang sebenar
temuduga pada bulan Mei


Anonymous said...

Saya degree pure accounting. Agak2 ler subject ape yg paling relevan ngan degree sayer ni kalau nak apply dpli ni yer????


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

- Perdagangan / Perniagaan
- Perdagangan / Keusahawanan
- Pendidikan Khas (kalau minat nak mengajar orang cacat/ pendengaran/ penglihatan)


Anonymous said...

salam sejahtera, saya mendapat degree sains major dalam biochemistry, can you suggest some relevan subject which is suitable for me? thanks


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

- Ekonomi Rumahtangga
- Sains Pertanian
- Pendidikan Khas (kalau minat nak mengajar orang cacat/ pendengaran/ penglihatan)


fiza said...

ini pengalaman saya, saya penah pegi interview dpli tapi blum konvo..terang2 org interview tu cakap saya takkan dapat sebab mase time interview status saya belum graduated..hmmm sedih sgt tapi sy fikir maybe blum ade rezeki. so sekarang dah konvo n got a degree in my hand, bleh la apply balik ;-) actualli saya degree in antropologi n sociology so i think my best subject 4 me are sejarah n pengajian am...kan???


Anonymous said...

salam.saya ada try nk bli no pin gne atm card, tp kat dalam 2 xde menu utk dpli pon. yang ada juz pgsr, kpli ngan j-qaf jer..agk2 diorang blom update ke aper??


zuraahedrah said...

if saya ijazah sarjana muda bahasa inggeris kepujian tapi cgpa 2.5 bole ke, saya nk sgt apply. bidang apa yg sesuai ya? thanks


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Terima kasih Fiza sbb berkongsi pengalaman
memang masa interview kena ada ijazah sebenar
DIULANGI... IJAZAH (SKROL) SEBENAR!

pasal Pin melalui ATM GIRO tu saya tak pasti
rasanya dekat bhg memohon masuk universiti (sama macam budak2 SPM mintak masuk IPTA)

mintak maaf cik Zuraahedrah
syarat tetap syarat
kena CGPA 2.75 dan ke atas jugak
saudari boleh memohon
tapi mungkin membazir wang saudari RM20.60


Anonymous said...

salam, I nak mintak pandangan U. I ada deg in town and regional planning. Apa subjek sesuai yg boleh dipohon ek?


fiza said...

Adha..nak tnya kalo kite ade pengalman mengajar adakah tu dikira bonus/kelebihan?


Anonymous said...

nak tanya kalau ijazah pengurusan teknologi (pemasaran), bidang apa boleh pilih yer?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

W'salam
Town & regional planning
-> GEOGRAFI

pengurusan teknologi.
-> PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN


pengalaman mengajar memang satu bonus
tapi masa interview kena la present & jawab elok2 :)


Anonymous said...

nk tanya..psl salinan sijil kelahiran parents..klu antar yg slh sorg xpe ke?sbb yg my father hlg..


fiza said...

hmmm...saya lagi lah baru2 ni umah kat penang terbakar, so sya punya muet slip, n my parents pnya surat beranak, ic sume hangus ;-(


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

takpe
bagi jelah mana2 yang ada
yang penting, k/p dan sijil akademik anda


Anonymous said...

a'kum.. nk tanye.. sy br abes master bln 12 arituh.. konvo bln 5 nih.. bleh ke sy mohon dpli tuh? ke..hanye utk lepasan ijazah je bleh mohon?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
boleh memohon
tapi guna ijazah pertama la
master tak diambilkira


Anonymous said...

salam

ekceli, sy lebih bminat dgn kpli even layak je apply dpli, prob is, nama sy akan d effect x, i mean myb kne blacklist ke x kat kpli klo sy apply dpli?

interview dlm english @ bm?

tx bro


fiza said...

based on experience..anak sedara saya apply dpli n kpli serentak dalam sethun..kalo rezeki awak dapat salah satu, mialnya dpli automatik klpi awak takkan dapat..macam tu lah sebaliknya. n interview usually using both languanges


Anonymous said...

askum, saya nak tumpang tanya..boleh tak tlg berikan kod-kod universiti yg terdapat di borong on9 dpli ini..thanks


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

betul kata Fiza tu
lagipun DPLI bawah Kementerian Pengajian Tinggi
KPLI pulak bawah Kementerian Pelajaran
temuduga bergantung kepada bidang anda la

tentang kodo universiti tu
saya dah letak dalam iklan di blog ni
cuba check betul2
:)


Anonymous said...

asalamualaikum

sy dah apply..tapi kat mana saya nak hantar transkrip saya...sbb saya mintak kat uitm.....uitm banyak cawangan, jadi kat mana saya patut hantar?ke HQ campus ke kat cawangan uitm?

timakasih......


Anonymous said...

salam..cmne nk dptkn alamat universiti yg nk apply?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

alamat IPTA ada kat atas


Anonymous said...

nk kena antar utk phtian sape ek?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

lihat alamat lengkap IPTA seperti di atas
tuliskan "DIPLOMA PENDIDIKAN" di kiri atas sampul surat


Anonymous said...

nak cadangan or pendapat korang la...
aku ni ijazah komunikasi....
aku tgk satu je yg bleh aku mohon..TESL....
susah tu, aku ni dah la english tak power...
bleh ke aku mohon jadik cikgu lain...selain TESL?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

boleh cuba bidang
-Pendidikan Moral
-Sivik
-Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran @ Pendengaran)

ada kaitan dengan ijazah saudara


Anonymous said...

mr adha...

berkaitan dgn Peringatan: menghantar permohonan n sijil2 berkaitan...
sy xberapa jelas tentang.. item no

5. akuan majikan (jika berkaitan)..

sy skrg bekerja dgn sykt swasta sementara menunggu permohonan dpli/kpli untuk diisi... so ape perlu saya buat??
ramai kwn2 saya sy hanya meletakkan status tidak bekerja/menganggur shj wlaupun diorg bekerja...kerana mybe diorg xmahu sykt diorg mengetahui yg diorg amik dpli/kpli....
ape pedapat saudara???


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

terpulang kepada saudara/i
nak letak pun takpe
tak nak letak status kerja pun takpe
tapi saudara/i perlu ingat
pengalaman kerja adalah satu bonus :)


Anonymous said...

salam..

sy ade degree plantation technology & management.. soalan sy, bleh x sy pilih subjek yg xde kaitan ngn dgn degree sy sbb sy bminat utk amek TESL.. klu xbleh, slain sains ptanian, ape lg yg sy bleh pilih?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

sains pertanian sesuai dengan ijazah saudara/i
selain drp itu, boleh mintak
cuma peluang tu tipis la


Anonymous said...

salam

saudara adha, sy nk tnya adakah pemilihan universiti memainkan peranan penting dlm permohonan dpli ni??

mksudny, sy ada degree pengurusan perniagaan..n sy apply untuk perdagangan/keusahawanan . Cthnya sy pilih upsi dan calon lain yg pilih perdagangan/keusahawanan juga byk ambil upsi. Adakah peluang utk dapat dpli tipis??
Atau mereka akan hantar ke universiti lain yang menawarkan bidang yang sama??

tolong jwb untuk sy..thanks..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

tidak
konsepnya sama macam lepasan SPM / STPM yang memohon masuk IPTA
jika saudara/i lulus cemerlang dalam exam & temuduga
walaupun UPSI dah "penuh" kuota
saudara/i mungkin akan ditawarkan di universiti lain (bidang yg sama)

perkara utama yg dinilai ialah kelayakan, pengalaman, kebolehan & minat saudara/i dalam bidang pendidikan dan bukannya pemilihan universiti


Anonymous said...

Boleh tolong tak?
saya ni dapat ijazah dari uitm, kalau skroll ijazah tu hilang,macam mana ek? boleh tak sapa-sapa tolong, nak kena report polis ka? try col uitm tak dapat pon..


thava said...

hai i am a diploma holder from utm... currently i am doing my degree. i will be finishing my degree coming september.i hv a working experince as a teacher for two years. Am i able to apply for this course?


Anonymous said...

Salam,

Saudara Adha, saya ada degree pengurusan pembangunan dari UUM. pada pendapat saudara apa bidang yang sesuai ek? thanks.


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

kalau takde skrol ijazah (hilang)
boleh bagi transkrip
kalau transkrip pun takde
memang tak boleh apply la

boleh buat report polis
lepas tu rujuk kepada UiTM
setahu saya, nak keluarkan skrol baru mengambil masa
bayaran pun mahal

apa-apapun, sila rujuk Pejabat Pendaftar UiTM


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

mr/ miss thava,

you may apply after you complete your study
you must have a degree scroll or academic transcript before apply this DPLI


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

saya tak pasti Pengurusan Pembangunan berkaitan mengenai apa
mungkin bidang Pengurusan?


Anonymous said...

I applied 2 ari lepas. bila nk pilih CGPA tu dia ada option start dari 2.0 .. kalau syarat dia 2.75 nape nk letak jugak yg bawah 2.75... baru org tk pi mohon.. tak lah membazir duit org tu..


ainx said...

salam, tq tuan nye blog.. its really help.. tgal nk submit je ke ipta.. tq


Anonymous said...

SALAM

IJAZAH SCROLL TU APA?

YG KITA TERIMA TIME KITA NAIK PENTAS TU KE?

timakasih


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

skrol ijazah tu dengan kata mudah sijil ijazah yang sebenar la :)


chiqma said...

Salam..en adha..
apa beza dpli & kpli..sy ada baca yg dpli under mohe and kpli under moe..one more dpli ni dia akan antar ngajo kat sek. menengah je kan??sy inginkan kepastian..minta bantuan kengkawan sume...


Anonymous said...

salam en. adha n all...

seperti cik chiqma, saya juga mempunyai persoalan yang sama... boleh en. adha jelaskan sedikit kekeliruan mengenai moe dan mohe? seperti yg telah diberitahu, sehabis pengajian dpli akan dihantar ke sekolah menengah... confirm (seperti kpli)? atau perlu mendaftar pula dgn moe? terima kasih atas perhatian....


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

untuk makluman, DPLI di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
KPLI pula di bawah Kementerian Pelajaran
calon DPLI akan belajar di IPTA / Universiti2 pilihan
sementara KPLI, calon akan belajar di Institut Perguruan
elaun DPLI & KPLI adalah sama iaitu sekitar RM1,700 sebulan
tempoh pengajian juga sama iaitu 2 semester (setahun) iaitu 7 bulan belajar teori & 3 bulan praktikal di sekolah
tidak perlu bimbang soal penempatan (posting)
ini kerana lepasan DPLI akan ditempatkan di sekolah menengah, sementara lepasan KPLI akan ditempatkan di sekolah rendah
semuanya akan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran
tidak perlu risau soal posting kerana setakat ini tiada masalah berkaitan posting lepasan DPLI & juga KPLI.


Anonymous said...

akum..
nk tye...now sy still study..sem akhir..abis end of mac ni..konvo bln june..
so leh x nk apply DPLI(correction) nie?
tlg jwb ye...
tq.


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
semasa temuduga, anda kena bawa ijazah yang sebenar
temuduga DPLI ini akan diadakan pada bulan Mei 2009
saya rasa itu sudah menjawab soalan anda :)


Anonymous said...

salam....
saya ada terbaca mengenai kes pelajar2 yang telah diterima ke ipta bagi dpli ambilan januari 2009 dalam kosmo 16 mac 2009.
kes tersebut menyatakan kementerian pelajaran menarik balik biasiswa yang telah diberikan dan jika pelajar berminat untuk meneruskan hendaklah dengan biaya sendiri. camne ye????ape effect tuk pengambilan julai nie?? kalo tetb kn dengan kes yg sm juga mcm mane ye???


Anonymous said...

salam en.adha..saya graduan statistik..subjek ap yg leh saya mintak ek? TQ


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
anda pasti ke berita tu pasal pelajar DPLI?
Kosmo 16 Mac? dah ada ke?
saya tak pasti la
kalau ikut Kementerian Pelajaran akan bayar kos pengajian & elaun
mungkin pelajar tu ada langgar kontrak?
cuba siasat dulu :)


Anonymous said...

salam en.adha..saya graduan statistik..bidang ap yg leh saya minta dlm dpli nie? time kasih..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
statistik mungkin boleh apply Perdagangan / Perniagaan


Anonymous said...

maaf...
bkn kosmo 16 Mac..pembetulan 16 Januari.mmg pelajar DPLI..tue yg takut skang nie..bleh semak arkib kosmo


Sharifah Nurulhashira said...

Salam En. Adha,

Jika sy ada degree in Computer Science, selain drpd computer programming..program apa yg boleh saya apply lg. Tqs


Anonymous said...

Salam En. Adha,

Sy br abis study, degree in engineering, konvo mebi dalam bulan august. sy phm dah xleh apply for dpli july intake, so ada intake lg x after july 09?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

yup, betul la
mungkin Kementerian Pengajian Tinggi tak tahu kes ni sbb baru lagi (baru sebulan)
masalah jugak tu

w'salam
boleh apply computer programming je

ada 2 intake setahun, Jul & Jan
boleh apply next intake


anie said...

Askm En Adha

saya ingin tahu mcm mana kalau saya nak mohon untuk intake ke-2 tu, maksud saye intake bln Jan 2010. Saya kena tgu atau buat permohonan tu skg. TQ


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
tunggu iklan seterusnya la :)


anie said...

hehe jgn la marah, tapi kalau sye nak aply skg n lps ni bila iklan baru saya nak aply lagi blh x?(takut xdpt je). En adha saye major komunikasi minor dalam sejarah saye minat sejarah so peluang saya kalau aply sejarah ok x?


Anonymous said...

salam en adha..
skang ni saya msh blur nak plh subjek..boleh tak tolong sarankan nak plh subjek pe.. saya graduan pengurusan maritim


Anonymous said...

ermmm sy pn nagh pning nk mek subjek ape skg ni..srajan muda sains agroteknologi

n lg 1, bleh plih ke nk ngajar kt sek. men or kolej or politek?????


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

kalau tak sayang RM20.60 boleh la apply
takde masalah :)
DPLI ni kalau boleh pilih kursus yang sama bidang ijazah kita
kalau lain bidang tu peluang susah la sket
susah jugak nak syorkan kursus untuk lepasan Pengurusan Maritim
Agroteknologi lebih dekat dengan Sains Pertanian
tempat mengajar tu terpulang kepada Kementerian Pelajaran
sebagai bakal guru, kena terima di mana saja anda ditempatkan


lembayung_sepi said...

assalamualaikum,
sy lepasan degree syariah dan politik,
saya dah apply dah dan selesai apply pun, cuma tak tau la dapat ke tak,
kalau ikut syarat2 tu sy lepas la,
pointer n sume ok,
cuma parent sy ni asal indonesia la..
tapi yang menjadi persoalan sy ni,
1. ade orang ckp kalau ade degree rugi apply dpli, better apply kpli,
lagipun dpli bermula dengan gred jawatan dc29 kemudian bile dah selesai pengajian akan ditukar ke gred dg 29, berbanding kpli bermula dengan dc 41 dan menjadi dg41,jadi lambat untuk naik gred ke dg 41.jadi gred guru dpli ni still dalam kumpulan sokongan manakala kpli dalam gred kumpulan professional.Dg41 lebih kanan dan berbeza dari segi mata gaji dan elaun.

2. Sy dengar program dpli ni suruhanjaya perkhidmatan pelajaran belum terima pengiktirafan dari JPA.

3. Kemudian KPLI starting gaji dengan degree manakal dpli starting gaji dengan degree.

jadi ade sape2 yang boleh jelaskan tak, atau bagi cadangan,

persada_nurani@yahoo.com


jack2u said...

surat pengijazahan boleh mengganti skroll izajah?
sebab i convo bulan ogos.


Anonymous said...

sape yang nak apply KPLI pun boleh, tarikh tutup 1 mac ni,
tapi saya rase better appli KPLI dan DPLI,
mane tau rezki salah satu kan...
tapi KPLI better than DPLI walaupun mengajar sek ren..


lembayung_sepi said...

ralat..
maksud sy kpli start gaji dengan degree manakala dpli dengan diploma


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
DPLI masih baru lagi
memang ada beberapa perkara yang masih belum jelas & menjadi kontroversi
susah nak komen

kepada jack2u
hanya skrol ijazah dan transkrip akademik yang diterima


Anonymous said...

salam..en adha..

saya sani..saya just nak tanya..saya graduate dalam bidang komputer & elektronik engineering. tapi saya berminat untuk apply guru PJ sebab saya sangat berminat dalam bidang sukan.pencapaian tertinggi saya adlh mewakili negeri dalam sukan bola sepak zaman persekolahan dahulu serta mewakili universiti. adakah semua ini boleh menguatkan permohonan saya untuk guru PJ.

kepada guru2 yang pernah ditemuduga untuk guru PJ.Boleh tak berkongsi pengalaman temuduga tersebut dengan saya..boleh email saya di along_beck7@yahoo.com..

harap dapat membantu..tq


Anonymous said...

Salam..saya nak tanye..
1)Adakah istila elaun DPLI yang dikataka itu bermaksud dana kewangan yag dibelanjakan unt pelajar dan berupa biasiswa (tanpa bayaran balik)& bukannya PTPTN?
boleh habaq tak jumlah bersihnya sebulan?

2) kenapa dlm borang online tu ditanya soalan berikut:
i) Adakah anda bersetuju maklumat permohonan ini dikemukakan kepada pihak lain untuk tujuan pendidikan tinggi negara?
Apakah rasional soalan/perkara ini?

TQ


alya said...

Salam Abg Adha yg encem...
Nak tanye..saya amik diploma art & design kat uitm. Then smbung degree in HR kat uitm gak...makne nye..saya ade kelulusan Dip in art design & degree in HR management.

Saya nak apply DPLI n KPLI skali. Sy lebih berminat kepada bidang art. Boleh ke saya apply utk seni/seni visual kat uitm berdasarkan dari bidang diploma..dan bukan dari bidang degree?

~Thanx~


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
dalam kes tertentu, jika saudara/i aktif bersukan (ada sijil sbg bukti), boleh dipertimbangkan.
begitu juga dengan bidang seni (art), walaupun saudari cuma ambik art masa diploma, kalau ada sijil2 pencapaian sebagai bukti, boleh tunjuk semasa interview

elaun tu tak perlu dibayar balik
"hadiah" untuk calon2 guru KPLI & DPLI
jumlahnya lebih kurang RM1,300 sebulan

saya tak pasti bab soalan dlm borang tu
mungkin untuk tujuan statistik kementerian & perancangan masa depan
kalau tak nak bagi, jangan la klik ya :)


jack2u said...

permohonan KLPI dan DPLI tahun ini dibuka lebih awal drpd tahun-tahun lepas, intake jan 2010 bila akan dibuka?


Anonymous said...

en adha...
klu apply kpli..nk skroll ijazah gak ke?
saye konvo bln august..cmne ek?
huhu


nana_yoong said...

en adha, bole x xplain pasal ni, sy ade dengar segelintir student yg da abis DPLI lepas xdapat posting until now, bukan ke DPLI jamin posting?? nal taw sgt pasal ni


Anonymous said...

en adha, sy berminat nak amb subject lukisan kejuruteraan..tapi sy juz belaja subject tu time SPM je, degree amik sains fizik... sy layak x?? Pastu 2nd choice sy nak amik ekonomi rumahtangga, releven x ngan degree sy


Anonymous said...

bro...

bleh x nk mintak tips masa MEDSI n intebiu nanti??

excited pn ada, nervous pn ada ni....

som plz, giv some advices....


Anonymous said...

n thanx reply my Q bout subjek sama nk mek to..,
xtually sy grad dr UMT, TAU KN???

urm...

mcm mane erk soalan MEDSI to????
susah x???


chiqma said...

Salam en. adha..
ada beberapa soalan yg perlukan kepastian:
1. Interbiu akan diadakan di universiti pilihan masing2 @ ditempat lain & siapa penemuduganya (pensyarah u @ org kementerian)?
2. Sekiranya sudah berkahwin, adakah bakal guru tersebut akan dihantar mengajar ke negeri lain cthnya jika duduk di selangor adakah berkemungkinan dihantar ke sabah, kedah dsbnya?
3. benarkah gred dpli dan kpli berbeza?
4. ada kawan yg mencadangkan kpd sy utk memohon kpli dlm bidang pendidikan jasmani walaupon sy berkelulusan ekonomi dgn alasan lebih mudah melepasi temuduga. Benarkan begitu?
Terima kasih atas perhatian saudara..


alya said...

Salam abg adha..
saya dah isi borang DPLI..tp dia cuma mitak info ttg ijazah jer..sedangkan saya apply berdasarkan bidang diploma...cane tu ek?

Soalan saya berkaitan dgn kes smlm...

Thanx...


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Jack2u -> Intake Jan 2010 mungkin bulan Mei @ Jun

KPLI & DPLI sama je, hanya kepada graduan yg dah tamat pengajian. sbb tu nak tgk skrol ijazah @ transkrip

nana yoong -> memang sebelum ni kalau ikut perjanjian, kementerian akan jamin posting
tp ada jugak masalah yang timbul

tips utk MedSi akan menyusul selepas ini
tunggguuu... :)


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

makin mencabar soalan2 nampaknya :)

test & interview akan diadakan di negeri tempat pilihan kita (yg kita pilih dlm borang)

kalau dah berkahwin tu
seeloknya sebelum posting, kena buat surat permohonan ke kementerian la supaya diaorang tahu yang anda dah berkahwin
takde la saudari kena hantar ke Sabah

rasanya gred KPLI & DPLI sama je
saudari boleh apply Pendidikan Jasmani walaupun berlainan bidang jika saudari "terlalu" aktif sukan
contohnya wakil negeri ke
kalau tak, sia2 jelah

alya -> maklumat masa isi borang tak penting. yang penting adalah masa anda interview. keluarkan & tunjukkan segala sijil2 & skill2 yg anda ada :)


Anonymous said...

slmz en adha,

nk tumpag tnye. leh scan kan saye tak bidang pe yg sesuai utk saye apply DPLI for my degree in sains alam sekitar? kalo nk amik luar bidng cam sains pertanian ke or ekonomi rumah tangga.

actually saye lebih suke kepada kaunseling or mengajar pendidikan khas. tapi tu la saya tak pernah amik ape2 subjek berkaitan. rase menyesal tak ikut rasa hati apply U dulu.

thanks bro.


Anonymous said...

Slmz en adha, faizura ni.

nak tanya la.saya ada masalah sket nk fill up form DPLI ni.
saya dari lahir dibesarkan oleh mak dan bapa saudara saya sehinggala sekarang. semuanya ditanggung mereka. Tapi famili kandung saya masih ada. Ada di melaka tapi daerah lain-lain.Keluarga angkat di Jasin dan keluarga kandung di Bukit Katil. Cuma ayah kandung dah tiada lagi.Bapa saudara pula mualaf cina sejak bujang lagi.

DPLI ada mintak kata laluan nama ibu..okla saya letak nama ibu kandung saya.tapi dlm tu ada minta lagi bangsa ibubapa saya.. dia tak letak word penjaga..lagi satu kalo saya nk letak bangsa ayah kandung saya pun dia dah tiada(meninggal)..tapi dlm list takde pun. ada pun saya klik kt kosong dia akan suruh saya isi smpi leh ke page seterusnya. Tapi bile kat part pekerjaan plak ada word penjaga. So saya pun tak tau nk letak particular yang mana satu. Saya x berapa rapat ngan famili kandung. pendek kata dikira saya tak tau ape2 info pasal mereka. I/C ke, nama penuh ke? sbb saya x penah betah tinggal dgn diorg. so cmne tu ? particular mana yag harus saya isi?

Saya just takut sistem kata saya berbohong. sedangkan nama ibubapa kandung saya sekian-sekian tapi saya letak nama org penjaga saya.

tolong saya.


Nurhafizah Ismail said...

Salam,

Saya baru sah & hantar permohonan tetapi nak kemaskini balik coz saya pick first code for TESL & SEJARAH. Ipta ialah UPSI. One advantage for me is UPSI only 1 hour from my house, Rawang. Boleh jumpa my husband and my son selalu tp kalau USM pun ok jugak, sebab dekat dgn my parent. In fact, Penang is my hometown. Tengah confuse sekarang ni. Ermm...i degree holder 'corporate administration' dr UiTM. cgpa 2.81 dan nak tanya subject ape sesuai dgn kelulusan??? thanks.


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
setiap program @ kursus tu telah ditetapkan untuk ijazah lepasan ape
lihat senarai di atas
saudara/i boleh memohon luar bidang tapi peluang tu susah sket la

cik faizura
kena isi nama ibubapa kandung juga
itu sekadar utk rekod & mengesahkan saudari ni warganegara Malaysia

pn. Nurhafizah
kalau corporate admin, boleh apply Perdagangan / Perniagaan


Puan Hidayah said...

en adha..
saya belum pernah lagi memohon untuk dpli ni..
saya ada degree dalam pengurusan sumber manusia..apa course yang sesuai dengan saya?

terima kasih..


mimi said...

Dalam mengisi pilihan 1 dan 2 bagi dpli, bolehkah saya memilih kursus yang dijalankan di USM dalam pilihan 1 tetapi memilih kursus yang dijalankan di UPSI dalam pilihan 2? Perlukah saya menghantar sijil yang telah sahkan ke kedua-dua universiti?


Anonymous said...

slm en adha, saya nk tanya psl pemilihan subjek.saya degree dlm bidang komunikasi dan dasar awam. subjek apa yang paling sesuai utk saya pilih?

1 lg, saya konvo bln ogos, agak2nya blh ke sy apply dpli?


hidayah said...

okeh tq bro...

i'll wait ur tips...

MEDSI n mTEST kalo bleh erk...

tenx 4 ur reply...

jsa mu dkenang...........


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Puan Hidayah -> Kaunseling, Pendidikan Moral, Pendidikan Khas

Mimi -> Boleh pilih IPTA yang berbeza dan juga boleh pilih IPTA yang sama. Jika IPTA berbeza, kena hantar sijil ke kedua-dua IPTA. Jika sama IPTA, hanya hantar satu sahaja.

Komunikasi -> Sivik, Pendidikan Moral. Anda boleh memohon untuk ambilan Jan 2010. Ambilan Jul 2009, anda tak layak.


Anonymous said...

nak tny sikit nie.. Gred gaji utk KPLI dengan DPLI sama ker tak?


Anonymous said...

En. Adha, akum, nk tny, kalo parents dh xde, kat fields "parents' job" 2 nk choose options yg mn ye? Tq so much En. Adha:)


Anonymous said...

nak tanye ni, gred gaji dpli ngan kpli beza ke?kalu aply upm, yuran mahal tul..abis duit elaun.saya dahle suri rumah..


Ding Dong said...

Hi just out of curiosity.
I am a degree holder in Mechanical Engineering from Purdue. I teringin nak mengajar math atau science subjects macam physics or chemistry.

Is it possible if i choose Kemahiran Teknikal just for the sake of securing the place in uni, and change my field during my posting later? Say I chose Kemahiran Teknikal then sampai sekolah I minta tukar ajar Physics.

viable ke?

Kenapa subject science stream tak ada dalam offered course list ye?

Terima kasih


Ding Dong said...

And please you guys do not ask stupid questions.

Certain questions raised kat sini tak reflect yang anda degree holder.

Contoh soalan tak relevan: I ambil subjek XXX masa dekat uni, I patut ambil apa ek?

Think.


XxX said...

salam. saya nk tanya...skrg saya dh bekerja di MARA sbg guru-tetap(tp mengajar luar bidang). saya nak apply dpli sbb dlm tu ada bidang yg berkaitan dgn degri saya. cumA ade member ckp, kalau dr gov nk ke gov leceh. maknenye, time nk apply dpli tuh, sy kene pergi HQ amek kebenaran supaya jika dpt dpli, sng mara nk lepas. if x wat, kene tatatertib. xboleh ke juz mintak kebenaran ketua jabatan. ke depa xberkuasa? blh bantu?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
Gred gaji adalah gaji untuk lepasan Ijazah
elaun adalah sekitar Rm1,300 sebulan
untuk DPLI, yuran pengajian ditaja oleh Kementerian Pelajaran

kalau ibubapa dah takde, pilih "lain-lain"

Ding Dong -> Anda boleh pilih Kemahiran Teknikal tapi bila posting, bergantung juga kepada pihak sekolah subjek apa yang anda akan ajar. Ada juga guru yang terpaksa mengajar di luar bidang.

xxx -> sy tak pasti peraturan di MARA tapi secara umumnya, penjawat awam yang ingin memohon jawatan kerajaan yang lain, perlu mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan. Apa-apapun, boleh tanya boss anda :)


xXx said...

salam. me again. maknenye, b4 apply dpli ni, kne minx pengesahan la dulu ek... blh x saya mintak pengesahan lepas dpt tawaran dpli? malu pula nnt kecoh2 apply dpli, suddenly xdpt..


Anonymous said...

slm..
klu nk mohon pengambilan jan 2010 kne tgu iklan seterusnya ker? klu dh terisi,boleh batalkan x? klu x bleh batal, untuk isi yg seterusnya kne beli no pin lain ker? mslhnya skang, sy msh lg sem akhir. tkut utk pengambilan jul x smpat grade...
tlg sy. tq...


Anonymous said...

salam,
saya nak ucap setingi2 tahniah kpd en adha kita ni, kerana anda adalah seorang yg penyabar dlm menjawab solan2 diatas, waulaupun soalan tu dh berulang2 kali di tanya....diaorg ni tak baca komen/jwp2 anda sebelum bg soalan
kepada pembaca blog ni ,jgn lah bebankan en adha ni...dengan soalan2 yg saya rasa anda boleh pikir sendiri..
contoh soalan..bidang apakah yg patut saya ceburi...kan anda boleh layari sendiri laman web kementerian dan tgk sendiri bidang apa yg paling layak dgn kelayakan anda...pikir la...ada ijazah kan...apa guna belajar tingi2..pekara kecik pun tak leh nak pikir sendiri...camana nak jadi cikgu ni...
sekali lg....tahniah di atas kesabaran anda... i respect bro...


Anonymous said...

erm kpd yg berkenaan..xplu la nk ckp mcm to, soklan xrelevan or wut...maybe sumone tu excited n bru lg mengenai kpli and dpli ni...so jgn la nk mlenting ble org tny...n i think bro adha sndiri xda prob tuk jwb rite??xkire ar ad degree or wut eva sklaipn kn..kalo ada soalan yg yg kdg2 tu xplu,tp xplu kate stupid rite???so plz watch out ur words,kt cni kte nk bkongsi n mberi pndapat...neway ganbatteneh!!! bro adha mang da best...


bos kecik said...

salam en adha..thanx kerana mewujudkn blog ini yg m'berikan informasi kpd a lot of people... n saya pun ad beberapa soklan yg hendak ditanyakan kepada en adha. untk pengetahuan en adha, saya telah bekerja dgn kerajaan hampir 6 bulan.n yes, my job now sama dgn degree yg saya amik wktu blaja n with a great salary!!! however saya x m'capai kepuasan dlm kerja saya...so i want to explore new area..

so my question now, how big chances org yg dah bekerja dgn gov mcm saya ni untuk dpt kpli or dpli ni..sebab dlm iklan x melarang org yg dah keje gov untuk mhn kan..

owh..saya pun ad t'pk gak nak wat mcm xxx ckp tu..apply dulu, dah dpt br g tau bos..heheh..oklah..hope en adha dpt beri pndgan..thanx..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

makin rancak dan panas nampaknya :)
sy faham ada di antara anda yang masih baru dan "blur" pasal DPLI ni
ada betulnya juga kata-kata saudara kita tu
mana-mana info yang dah ada & jelas dinyatakan di atas, tak perlulah ditanya lagi
namun begitu untuk tidak menghampakan mana-mana pihak, sy akan cuba jawab mana-mana pertanyaan yang boleh sy jawab

xxx -> surat pengesahan majikan (bagi penjawat awam) perlu di bawa semasa temuduga.

bos kecik -> saudara tak perlu risau untuk memohon DPLI @ KPLI walaupun dah bekerja kerajaan. Yang penting saudara kena lulus exam dan temuduga dgn cemerlang.

Permohonan DPLI yang telah dihantar tak boleh dibatalkan. Saudara hanya perlu abaikan. No. pin hanya boleh digunakan SEKALI sahaja. Untuk memohon intake akan datang perlu beli no. pin baru.

Ini ada info rasmi yang baru sy dapat. Ada sebilangan pelajar DPLI di beberapa IPTA yang telah ditarik tajaan mereka oleh Kementerian Pelajaran kerana semasa memohon, mereka belum konvo lagi. Maknanya belum benar2 grad tapi dah memohon. Kementerian hanya menyedari perkara tersebut selepas mereka mendaftar masuk di IPTA. Jadi, saya menasihatkan kepada adik2 yang baru grad tu. Sila tunggu 6 bulan - 1 tahun sebelum memohon DPLI atau KPLI. Anda mungkin akan melepasi exam dan temuduga dengan jayanya tapi anda akan menghadapi masalah bila mendaftar masuk nanti.


Anonymous said...

salam en adha

can u suggest the suitable subjects for those grads from library science?

thanks.


Anonymous said...

SLM..SY NK TNYA..SY CLAP ANTA ALAMAT LAA KT UNIVERCT PILIHAN.. BOLEH KER KLU ANTA SKALI LG..LGPN, SY ANTA SBLM NI X TULIS PN DPLI KT KIRI ATS SAMPUL SURAT..CMNE EK..


Anonymous said...

assalamualaikum
sebenarnya gred guru kpli dan dpli berbeza,
kpli start gaji dengan degree tapi dpli dengan diploma,
wlaupun kementerian pengajian tinggi dibwah kelolaan kementerian pengajian tinggi tapi pengurusan sekolah dan pengesahan jawatan guru still under kementerian pelajaran,
tapi ape nak takut,
nak jadi pendidik buat ape nak kire pasal duit atau lain2,
nak didik anak bangsa kena ikhlas jgn sebab nak cr duit,
kang murid entah kemana, guru pun entah kemana,
just sebuah pengalaman..
sape yang dah berpikir panjang dan betul nak jadi pendidik sejati silakan mohon..
tapi kalau cuma nak cr gaji besarr then nak keje government takpayah la.,.
ni adalah masa depan anak bangsa dan negara.
opk
^_^ semoga berjaya


iera said...

salamz,
tumpang tanye...dlm permohonan dpli sertai maklumat pemohon..maklumat yg mana?yg diisi tu ke?kita kena print ke?x paham lah, pastu send ke upu yg kita applykan..kan ada 2 choice..2 upu lah erk..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Waalaikumsalam

science library tu susah sket nak cadang program apa sbb takde yang related

terima kasih cikgu kerana berkongsi pengalaman
sebenarnya masih banyak "misteri" dan "kontroversi" tentang DPLI ni
sy harap mana2 cikgu yang pernah mengikuti DPLI ni dapat berkongsi pengalaman
sebab Kementerian pun tak beri detail & menjelaskan pasal masalah2 ni

kalau tersilap hantar sijil
hantar la semula :)

ya, kena print maklumat pasal pemohon
lepas siap isi borang tu
hantar bersama2 salinan sijil ke IPTA yang kita pilih
kalau dua IPTA berlainan, kena hantar 2 la
kalau IPTA yang sama, hantar satu je
kalau masih tak faham, cuba baca detail kat atas semula termasuk alamat IPTA


Anonymous said...

hi, saya ada problem mengenai subjek yang bakal pilih.

Saya adalah sarjana muda Pure Matematik (SAINS)dari UM.

sila tolong saya tentang perkara ini

Terima Kasih.


nienna said...

assalamuailaikum....kalu borang yang dah siap kena send to 'U' yg kta pilih ke?? and..saya ada degree in quantity surveying,so subject apa yg sesuai ngn saya..

terima kasih


Anonymous said...

salam....

kpd sume yg komen kt cni...
kpd yg ada pengalaman ms interview to share2 la yer...nk taw gak pe lg pgalaman yg anda dpt...

kali xnk tny mcm2 soalan kt bro bg rest jp...

cma tgu tips medsi and mtest jer dr bro...hehehe

hope korg bjaya la nnt...kte doakn sm2 k...


wasalm...............


Anonymous said...

tima kasih ey en. adha d atas maklumat yg diberikan....we proud of u!!! chaiyuk2 mlayan kerenah masyarakat blur...hehehe...kini ktaorg da paham..thanks again...
;)


Anonymous said...

salam,
saye nk tanye,en. adha tau x ape beza subjek dlm cos prdggan/perniagaan & prdggn/ keusahawan,saye dh try cri dkt web upsi,ukm,uitm n ukm,tp x jmpe pun list subject. klu en. adha ade info,pls let me know ye?tq


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

pure matematik memang takde yang related
tapi boleh pilih mana2 yang agak hampir kpd matematik seperti perdagangan / perniagaan

nienna -> ya, kena hantar maklumat yang dicetak & salinan sijil2 ke IPTA pilihan. Quantity Surveying cuba tgk kursus2 bawah UTHM. Geografi juga related. Pilih la mana yang anda minat :)

perdagangan perniagaan dan perdagangan keusahawanan tak jauh beza. kalau anda lulusan bisnes, rasanya anda dah dapat membezakan antara perniagaan & keusahawanan kan?


Anonymous said...

tips utk menghadapi Mtest/Medsi ni senang je...kalu anda pernah menghapi exam2 SPA, lebih kurang sama je soalan nye. Anda kena alert la tentang isu2 semasa disekiling anda, baca paper, tgk berita...jgm tidak ! mula dr hari anda hantar pemohonan...baca la buku2 sejarah SPM tu lik...nk jadfi cikgu seseorf itu kene la seorang yg sgt berinformatif...nanti anak murid tanye...takkan nak kata TAK TAU PLAK SAYA / jwpan cover line...emmm good question dear...nanti cikgu bg next class ya
Semoga kita sume berjaya menjadi pendidik anak bangsa..yg cemerlang...melahirkan generasi gemilang...InsyaALLAH...byk2 wat solat hajat semoga hasrat murni kita diberkati ALLAH...mohan doa restu dr ibu & ayah...kita...Good LUck...All...


Anonymous said...

slm...
sy degree Peng.Hal Ehwal Antarabangsa...sy da pblem nga pemilihan subjek yg sesuai...hu2
bantullh sy...
tenkiuu..


Anonymous said...

salam..abg adha..sy akan grad 30 mac nti..maknanya saya layak utk memohon kan?
lg 1 slip muet saya hilang..itu band 3 punya..dan saya cuma ada slip band 2..oleh itu saya patut tulis yg band 3 or band 2?sbb saya xnak system ckp sy tipu plk..hrp tlg bg maklumat ya bro..thnks


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam

Hal Ehwal Antarabangsa -> boleh apply Pengajian Am @ Pendidikan Moral

kalau belum grad (konvo) lagi dalam tempoh permohonan ni, dikira tak layak la
dinasihatkan memohon untuk ambilan akan datang
pasal slip MUET tu maaflah sebab sy no komen :)

sesiapa yang nak beli buku2 M-TEST & MEDSI untuk KPLI & DPLI, boleh pegi ke kedai2 buku
biasanya soalan2 dalam exam tu sama je dengan contoh2 dlm buku2 tu


Anonymous said...

hi sori for d inconveniences caused but i would like to know whether dpli offers foreign language like japanese language?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

only language that listed above. no japanese language.


eda said...

a'kum en Adha

saya sudah tamat pengajian pada bulan December 2008 dan akan konvo pada 28hb Mac ini.Semestinya tiada skrol diperolehi skrg dan hanya transkrip sahaja.Namun begitu, temuduga yang akan diadakan pada bulan Mei nanti, saya semestinya sudah memperolehi skrol ijazah dan boleh di bawa bersama ketika temudugakan.
leh itu, saya ingin bertanya, layak kah saya memohon DPLI ini, terima kasih yer en Adha


Anonymous said...

salam..
nk tnya la..
lau dak2 lpsn diploma je kn xleh ke haa nk apply mn2..tuk smbg lam pddkn ni..??


Anonymous said...

salam,

sy ada mohon DPLI.tapi stiap kali tgk syarat yg nakkan skurang2nya CGPA 2.75,rasa tertekan pun ada.sbb CGPA sy 2.73.tapi wlaucamne pun,sy antar gak sijil-sijil tu smua.hrap msh bpeluang.ermm...;(


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

W'salam

Eda -> HANYA pemohon yang TELAH bergraduate (KONVO) pada masa sekarang sahaja boleh memohon. Maksudnya telah konvo & bukannya akan konvo. Ada beza di antara telah tamat pengajian dengan telah konvo. Maknanya, saudari tak layak la. Banyak kes seperti saudari yang telah tamat pengajian tapi belum konvo memohon DPLI / KPLI. Bila mereka mendaftar masuk, tajaan mereka telah ditarik balik.

tiada program khusus untuk lepasan diploma. Kalau berminat, kena ambil program Ijazah Perguruan / Pendidikan di mana-mana IPTA.

saya simpati dgn saudara/i yang dapat CGPA hampir2 2.75. Syarat tetap syarat, jika saudara/i berjaya exam & temuduga sekalipun, saudara/i mungkin akan menghadapi masalah bila mendaftar masuk nanti. Tajaan saudara/i mungkin akan ditarik balik.


Anonymous said...

nak tanya, adakah graduate DPLI akan ditempatkan di mana-mana sekolah sahaja ataupun calon boleh memilih negeri bertugas? Saya amat risau akan ditempatkan di tempat yang jauh dari kampung. amat berharap dapat bertugas berdekatan kampung.


suhada said...

camane nk kemaskini...x bleh wat la....die x kua...pnat dh ulang alik g cc...hmmm


Anonymous said...

ingin tahu perbezaan antara gred gaji dpli dan kpli. Gaji permulaan untuk guru lepasan kursus manakah yang lebih tinggi?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

soalan penempatan mengajar tu, terpulang kepada Kementerian
kita tak boleh memilih di mana kita nak mengajar
bila menjadi guru, anda kena bersedia dihantar ke mana sahaja di pelusuk negara
mungkin pendalaman Semenanjung, Sabah atau Sarawak
ini realiti

soal kemaskini tu mungkin masalah server
ataupun masalah di cc tu

setahu saya, gred gaji KPLI lebih baik drp DPLI
namun gaji permulaan tu saya tak pasti
ada sesiapa yang tahu? :)


Anonymous said...

harlow!!! nak tanya ye...kalau masa kat uni ambik bahasa jepun..jadi kalau nak ambik dpli, apa subjek yg boleh dipilih ye? 10q!!!


iera said...

salamzz

betul ke tarikh tutup antar borang ke upu 12 hb ni..x de pun tulis kat website dia.En. Adha ni biar benar?
KALENDAR PERMOHONAN DPLI :

9 Februari 2009 : Tempoh Permohonan On-line

9 Mac 2009 : Tarikh Tutup Permohonan On-line

12 Mac 2009 : Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA


rosmawati said...

salam..saya nk tanya..sy dah anta sijil yg disahkan tu..tp pada sampul surat saya x tulis DIPLOMA PENDIDIKAN disebelah kiri smpul surat tu. dan x tulis kepada pendafta bahagian akademik.. sy juz tulis general upsi address jer.. cmna eh?

kene ahta samula ka sijil2 tu?
thank u..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
Bahasa Jepun tiada program DPLI yang berkaitan
kalau berminat juga, pilihlah mana2 kursus yang anda minat

Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.
-> Maklumat ini memang ada dinyatakan secara JELAS di web MOHE.

cik Rosmawati -> setiap Universiti akan terima berpuluh2 ribu surat sehari (termasuk pemohon lepasan SPM & STPM). Permohonan saudari mungkin tercicir. Untuk lebih selamat, seeloknya dinyatakan secara jelas destinasi sijil2 tu :)


Anonymous said...

asslammualaikum encik mohd. Saya ada 2 soalan berkaitan program PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN (PJK) yang ditawarkan DPLI.

Soalan pertama, apakah kriteria soalan yang akan ditanya dalam UJIAN KHAS yang dimestikan lulus untuk setiap pemohon program (PJK).

soalan kedua, mengapa syarat - syarat khas kesesuaian ijazah untuk program (PJK) ini berbeza-beza mengikut sesebuah universiti?. contohnya syarat khas kesesuian ijazah UPM untuk program PJK (kod:PT03D) ialah "LAIN2 BIDANG TAPI AKTIF DALAM SUKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN" , SAINS SUKAN, LULUS UJIAN KHAS. Sedangkan di UPSI, syarat khas kesesuian ijazah untuk program PJK (kod:AT03D) ini ialah "SAINS KESIHATAN" , SAINS SUKAN, LULUS UJIAN KHAS ? tq


Anonymous said...

hi apa maksud sijil yang telah 'disahkan'?
kena dptkn tandatangan atau cop ke? dr siapa ya? thnx


HAFIZA p said...

SALAM EN ADHA AND ALL GUYS..

KALAU KITA PILIH SUBJECT YG BUKAN BIDANG KITA MASE DEGREE DULU, ADAKAH MARKAH KITA NANTI AKAN KURANG ATAU ITU HANYA MITOS AND KITA ACTUALLY BOLEH PILIH MANA2 SUBJECT?

AND ONE MORE THING, BUKAN TAK NAK PILIH SUBJECT YG BERKENAAN, BUT IF TAKDE SUBJEK YG BERKENAAN DENGAN KOS YG KITA AMBIL MACAM MANA?


rosmawati said...

assalamualaikum...

thankz mr.adha..
sy akn post blk sijil2 tu..tp naper 2/3 hr ni saya x dpt buat semakan permohonan saya eh? dah x blh wat semakan ka? or downloading error....huhu then what can i do.. to print again my application.


Anonymous said...

Hi En.ahad,

Berkenaan dengan item akuan majikan...adakah perlu untuk menghantar sekali akuan majikan itu sekiranya saya tengah bekerja di bawah syarikat swasta?? My problem is saya tak nak majikan i tahu....jika perlu, bolehkah saya menyertakan surat tawaran saya??


Anonymous said...

Hi En.adha,

Saya graduan dari local uni..major i software engineering...i tau sepatutnya i apply untuk computer programming..tapi i tak minat untuk mengjar subjek tu..saya lebih prefer TESL...apa pendapat encik??pls reply asap...as i dah nak hantar surat ni...thx alot...


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

waalaikumsalam

pasal PJK tu, ujian khas lebih kepada ujian fizikal
syarat2 khas setiap universiti walaupun berbeza tetapi asasnya sama
PJK adalah untuk graduan lepasan Sains Sukan, Kesihatan dan yang sewaktu dengannya
tapi tak bolehlah graduan Bisnes mintak PJK kecualilah kes istimewa seperti pernah menjadi atlet sukan

sijil yang disahkan tu salinan sijil2 yang dicop sah dan ditandatangani oleh mana-mana wakil rakyat, penghulu, guru besar, pengetua, pensyarah atau pegawai2 gred pengurusan & profesional

HAFIZA -> keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki ijazah yang sama dengan bidang yang dipohon
kalau lain bidang tu, susah la sket nak dapat

Rosmawati -> boleh buat semakan lagi sehingga 9 Mac
mungkin ada masalah server
cuba di lain masa

akuan majikan hanya untuk yang bekerja kerajaan
pekerja swasta atau lain2 tidak perlu akuan majikan

boleh apply TESL jika bahasa penghantar saudara/i semasa di universiti adalah b.inggeris
gred b.inggeris dlm SPM juga perlu cemerlang
seperti graduan UiTM, mereka boleh memohon kerana b.inggeris adalah bahasa penghantar mereka
universiti lain sy tak pasti


Anonymous said...

Hi En.adha,

Im a graduate from a local uni with bachelor degree in computer sc majoring in Software engineering..I gt band 5 in MUET...does that qualifies me to apply for TESL.?I chose TESL for my 1st choice but Im now in dilemma because I do not know whether i should apply for compuuter programming as my 2nd choice or the same choice i made for my 1st choice..Could u pls give me some advice??I just prefer TESL much mor better in programming because my programming skill is not good...but i did score a good grade during my degree la...pls do advice asap...thank you.


Anonymous said...

geng salam,
wife aI ni graduate political science,
apa subjeck wife I patut buat pilihan nih? sekrg nieh dia pilih kaunseling ngn pendidkan moral, ni bersesuaian ke tak yer


Anonymous said...

hi, saya sara. i ada degree dlm pembangunan sumber manusia (3.0) i sudah apply dpli ambilan julai ini.subjek kaunseling dan ekonomi rumah tangga di upsi..sesuaikah? then, i telah buat master dlm pembangunan sumber manusia juga, full research, dah habis summit, tunggu viva hujung bukan 3 ni. kalau ok gred bulan 8 ni. tapi i tak mention about my master in application. tak ade masalah ke? i juga apply kpli ambilan jun. macamanaya? tapi i lebih minat DPLI pasal in future i boleh apply lecturing becouse i ada master. sebab tawaran kpli keluar dulu sebelum dpli kan. pasal kpli ambilan jun, dpli ambilan julai....i khutir lah.....boleh bagi advise ke...thanks


Anonymous said...

hi, sara juga sini. husband i ada degree computer science(networking) pointer (3.54). di adah apply computer progreming in upsi. ok kan? then dia juga apply kpli tak english...what is ur comment? thanks


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

i don't think you can apply TESL
unless you are the TESL / English Literature graduate
but in some special case, the graduate from UiTM who got the excellent grade in English for SPM, can apply TESL

mungkin boleh la kot sains politik pilih kaunseling
walaupun tak berapa tepat dgn bidang

sara -> nak bgtau ada master atau tidak tu terpulanglah, takde masalah
soal nak pilih KPLI @ DPLI tu juga terpulang kepada saudari
lagipun KPLI & DPLI adalah berbeza
pasal suami anda tu, ok la rasanya
cuma kalau kursus English utk KPLI mestilah graduan dari IPTA yang bahasa penghantar dia English spt UiTM (sila baca komen di atas)


Anonymous said...

salam..membe sy baru jd guru kat sek men daerah klang..n die lepasan DPLI..gaji die DC41....basic rm1901.8 elaun rm600....die kate setahun lg baru lah DG41 n gaji naik sket...utk jd guru tetap...lagi 3 tahun...baru lah dpt elaun umah...rm250...tangga gaji pon naik lah juga...

n die kata lg....utk guru lepasan KPLI pon same je tangga gaji dgn guru lepasan DPLI..cume yg berbeza adalah elaun...elaun KPLI(10%) tggi sket dr DPLI(5%)...beza 5% je...(btolkan sy jika sy salah)..: )


Anonymous said...

hai...ade lg info..utk penempatan guru lak....lepasan DPLI kat skolah men...klu DPLI kat semenanjung...besenye akan di tempatkan di skolah semenanjung aje...klu DPLi kat Sabah Sarawak...penempatan pon kat sane la...ade dgr cite lg...kementerian akan bg ikut alamat umah...tp xtahu lah...kat mane2 pon same je.. :)
n utk lepasan KPLI lak kat sekolah ren...biasenye lah...guru lepasan KPLI yg bujang ni akan di hantar ke sabah n sarawak...best tau...elaun pon byk...hehhehe..leh simpan duit kawin...hahahha...

lg info..
jd guru skolah ren xbyk hal...n xsibuk sgt...tp jd guru skolah men ni...byk hal...hehehhehe...tp bg sy...jd guru skolah men best tau...jd guru penasihat kadet polis...pastu nk g kem dgn dorg bulan4 ni...huhuhu..best nye...jd guru mmg best....soal gaji jgn kira sgt...sbb gaji guru mmg masyuk... :) gd luck sume...


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
terima kasih atas info & pengalaman tu
ada siapa lagi yang nak tambah? :)


Anonymous said...

nak tanya,
saya sudah memohon KPLI, tengah tunggu untuk panggilan MTest. biasanya, peluang untuk dipanggil untuk MTest ini tinggi kah? Bagaimana calon diplih? berdasarken kriteria apa?


Anonymous said...

Nak tanya,
adakah ijazah sarjana/master meninggikan peluang untuk berjaya dalam permohononan KPLI/DPLI ?


Anonymous said...

nak tanya, kalau ingin memohon jawatan pensyarah di masa akan datang, manakah lebih sesuai untuk dipohon? KPLI atau DPLI?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Semua yang memohon akan dipanggil untuk MTEST (KPLI) & MEDSI (DPLI). Jika lulus exam tu baru panggil interview.


Anonymous said...

gred gaji KPLI lebih baik dari DPLI - adakah ini bermaksud gaji lepasan KPLi lebih tinggi dari lepasan DPLI?


Anonymous said...

hai sume..klu nk jd pensyarah di masa akan dtg...boleh je KPLI n DPLI...KPLI n DPLI ni lesen kite utk jd pendidik...

klu dh dpt KPLI atau DPLI pegi je..pastu pas posting setahun...amek la master...klu amek master boleh la jd pensyarah....klu xde master...jd tutor dulu...

klu xdpt KPLI atau DPLI pon xpe...masih boleh jugak jd pendidik...keje setahun..pastu apply mane2 universiti utk jd tutor...pastu dlm masa yg same smbung amek master...pastu trus jd lecturer...gaji tutor pon boleh tahan..tggi jugak..
:)


Anonymous said...

gred gaji KPLI n DPLI same je...gaji ikut degree kite...yg beza adalah elaun je... :) KPLI lebih tggi sket dr DPLI..
tp jgn lah kesah pasal gaji....gaji mmg masyuk...hehehhe....membe sy yg posting kat sarawak dh beli honda city baru.... :D sy xtahu la nk beli kete ape???..hehehhehehe......


Anonymous said...

permohonan KPLI n DPLI ni utk yg ade degree...tp klu ade master/Sarjana itu adalah satu bonus pd satu hari nnt utk awk mohon jd pengetua...n walaupun awk dh ade master..gaji tetap ikut DC41... :) master tu bonus awk utk naik pangkat nnt... :) pape pon yg penting lepas kan dulu Mtest n Medsi...hehhehehehe....


Anonymous said...

soalan ujian analitikal m test amat susah. adakah terdapat cara cepat untuk selesaikan masalah? Di manakah saya boleh dapat panduan untuk jawab soalan analitikal?

adakah soalan m test sangat berbeza dengan medsi atau lebih kurang sama?


Anonymous said...

Adakah peluang untuk ditempatkan di bandar kediaman sendiri tinggi lepas habiskan kursus DPLI/KPLI?
Biasanya akan ditempatkan di bandar kediaman sendiri ataupun lain-lain bandar atau negeri?

kalau ada tanggungjawab menemani kaum tua, bolehkah minta untuk bertugas di bandar kediaman sendiri?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Mungkin saudara boleh dapatkan rahsia & panduan di : http://www.ekpli.com/index.php?ref=ekpli
ujian MTEST & MEDSI berbeza format di mana MEDSI (DPLI) hanya satu kertas sahaja.

agak susah untuk ditempatkan di tempat kediaman @ kampung sendiri melainkan jika anda ada "KABEL BESAR" di Kementerian ;-)


Anonymous said...

saya nak tanya..srt lahr parents saya kedua2 xda..so cmner ek?satu lagi nak tanya,pemohonan KPLI bila lg akan kluar?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

takpe jika takde yang parents pun
KPLI mungkin 2-3 bulan lagi keluar Ambilan Jan 2010


DyH said...

mr.adha..

sy ade degree in chemical engineering,so subject ape yg ssuai ngn sy ek?i,m really2 want to be a teacher..


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

sains pertanian mungkin lebih sesuai
tapi kenapa baru tanya?
dah tarikh tutup ni :)


Anonymous said...

sedih tol la sbb i x tulis kat sampul surat belah kiri tu..huhu..make me down..tp x pe la..best la blog ni..adha u ni penyabar tol i tgk..bagus2..


Anonymous said...

klu xtulis DPLI kat sampul atas sebelah kiri....diorg xlayan ke?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

saya tak dapat bg jawapan untuk soalan tu
sbb cuba anda bayangkan berpuluh ribu yang memohon setiap IPTA
(termasuk pemohon lepasan SPM, STPM & Diploma)


Anonymous said...

en adha, saya nak tanya..
salinan cert' muet kene enclosed skali ker mase anta di universiti pilihan, coz really saya trlupe hanta time submit document tu..

other than that, saya trlupe nk print maklumat permohonan after isi form, saya just print jawapan akuan permohonan dpli tu..
last2, saya hantar copy cert degree and other cert' dengan jawapan akuan penerimaan tu je ke universiti yg saya choose tu..boleh ke sebenarnya??


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

takpe takde salinan MUET pun
pasal maklumat permohonan tu, kalau ada nama & no. kp, boleh diterima


Anonymous said...

Salam....saya ade mohon dpli n kpli serentak....baru2 ni saya ade di panggil utk mtest...jadi utk medsi nanti saya boleh dipanggil jugak ke? mcm mane lak ngn interview...if saya dimurahkan rezeki both kpli n dpli saya dipanggil interview boleh ke?


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

W'salam
boleh, takde masalah
kalau anda bernasib baik, anda mungkin akan dapat kedua-duanya :)


Anonymous said...

salam...saya x tulis diploma pendidikan di kiri atas sampul surat..... jd mcm mane? jd patut ke saya cnfrm semula dgn ipta yang saya mohon? pening2.


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

w'salam
berpuluh2 ribu calon menghantar salinan sijil tu ke setiap IPTA (termasuk pemohon lepasan SPM, STPM & Diploma)
menulis "Diploma Pendidikan" akan memudahkan pihak universiti mengasingkan permohonan anda
mungkin tak apa kalau tak tulis
cuma kalau tak tulis, mungkin permohonan anda akan tercicir

sebagai peringatan
bukan sahaja untuk memohon DPLI ni
bila memohon kerja juga begitu
jangan lupa tulis "NAMA JAWATAN" di kiri atas sampul surat
walaupun tak dinyatakan, jangan lupa tulis
ok? :)


Zaidan said...

A'kum Cikgu Adha,

Sebenarnya saya 1st time joined blog ni. Saya ada beberapa persoalan seperti di bawah:

1. Ibu dan ayah telah meninggal dunia, so masa saya fill-up borang permohonan haritu, saya pilih pekerjaan arwah ibu dan ayah saya sebagai penganggur. So, agak2 pihak terbabit boleh rejectkan tak permohonan saya ini?

2. Saya ada called ke Putrajaya mengenai ketiadaan sijil kelahiran/kad pengenalan ibu dan ayah sebab parent telah tiada dan staff tu bagitau suruh submit sijil kematian parent ke universiti pilihan masing2. Sebenarnya pihak mana yang memproses permohonan kita samada layak atau tidak untuk menduduki MEDSI itu? Putrajaya atau pihak U?

3. Semasa isi borang aritu, ia ada bertanyakan pekerjaan ibu bapa samada sebagai pendidik etc.
Apa relevannya pekerjaan ibu bapa kita dengan program ini kalau ibu bapa kita bukan bergelar pendidik tetapi cuma petani dan surirumah sahaja. Adakah peluang saya adalah tipis?

4. Saya juga tiada pengalaman mengajar sebab selama ini saya terlibat dengan sektor swasta dan pernah bergelar usahawan. Adakah peluang saya adalah tipis kerana ketiadaan pengalaman mengajar?

Tolong jawab kemusykilan saya ini. Many thanks.


Anonymous said...

kalau terlepas test medsi tu...
xleh buat rayuan ke?
bile lg leh mohon kpli?
intake utk jan 2010, permohonan bile kuar?
tips test medsi n temuduga dpli xde ke??


Anonymous said...

Askum Saudara Adha,

Saya baru terjumpa laman blog ini selepas tarikh tutup permohonan DPLI ambilan Julai 2009 tamat. Saya pernah menghantar comment pada 2hb April haritu tapi entah di mana silapnya, comment saya tiada. So, saya cuba mengepos semula comment saya untuk laman blog ni. Soalan saya adalah seperti berikut:

1. Di dalam borang permohonan tersebut ada menanyakan pekerjaan ibu bapa saya samada sebagai pendidik dsb. Tapi masalahnya ibu bapa saya adalah petani dan surimah. Jadi, apakah peluang saya adalah tipis untuk DPLI ini?

2. Buat masa sekarang, saya tiada pengalaman mengajar so, apakah peluang saya juga adalah tipis untuk DPLI ini?

Harap saudara Adha tolong jawab kemusykilan saya ini. Terima kasih.


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Waalaikumsalam

Saudara Zaidan
- Ia tak effect kepada permohonan saudara. UPU Kem. Pengajian Tinggi yang menguruskan pemilihan calon DPLI. Pemilihan dibuat bukan berdasarkan pekerjaan ibubapa tetapi melalui Ujian MEDSI & juga temuduga. Jika lulus dgn baik, maka saudara layak. Begitu juga dengan pengalaman mengajar, ia hanya satu kelebihan. Namun tidak menjejaskan peluang saudara.

Jika terlepas MEDSI atau MTEST
boleh apply utk ambilan akan datang
tunggu iklan yang akan dikeluarkan nanti
mungkin tak lama lagi


Anonymous said...

saya memeng berminat sangat nk jd guru...boleh tak bg tips untuk temuduga..
thanks


Anonymous said...

nak tanya sikit..biasanya kalau julai intake bila akan start course? bila akan dapat tahu yg kita terpilih @ x lps interview?

sbb i kije dgn swasta, perlukan notis 2bln..
kalau dpt tapi mula lewat atas sbb2 tertentu boleh?


zaidan said...

Salam Saudara Adha,

Ambilan Jan 2010 untuk KPLI biasanya bila ya? Saya sudah menduduki MTEST untuk KPLI ambilan Jun 2009 tapi rasanya x berjaya disebabkan kekurangan persediaan. Maklumlah pertama kali dan persediaan dibuatpun cuma hampir sebulan je untuk covered semua subjek. Terima kasih.


«Oldest ‹Older   1 – 200 of 279   Newer› Newest»

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Sumber Maklumat & Info Jawatan Kosong | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO