Top Ad 728x90

, ,

Malam Ini - Gerhana Bulan Penumbra di Malaysia (9 Feb 2009)




Pada malam nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sopek sedikit di satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8.39 malam waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10.39 malam waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:38 tengah malam waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10.00 malam hingga 11.20 malam waktu Malaysia.

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja. Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.

Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung juga boleh disaksikan di Laman Web ANGKASA : www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90