Top Ad 728x90

,

Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit" - Raja Petra


Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.

Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.

Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.

Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.

"Tidak... Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.

"Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.

"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.

Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.

"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."

"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.

Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.

Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."

"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.

Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.

"Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.

Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.

Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.

Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ""Let's Send Altantuya Murderers To Hell" yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.

Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes.

- MSTAR

2 Comment:

  1. BGUS LA KLU DIA DH SEDAR. TP BELIAU KENA INGAT KESEDARAN BKN UTK SEHARI 2 AJE!. MEMFITNAH BKN SATU KERJAYA YG HALAL

    BalasPadam
  2. Loorrr...baru sedar kee Anuar tu jadikkan PKR tu personal parti demi untuk kepentingan diri sendiri...sebab tu la ramai penyokong nya dizaman reformasi dulu dah lari..sekarang yang tinggal cuma pacacai2 yang belum mengenali sejarah anuar dan juga pacacai2 yang muncul selepas anuar keluar daripada penjara.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90