Top Ad 728x90

,

Kajian bina Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 siap 15 Mei

Kajian kemungkinan pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) Fasa 3 yang telah dijalankan pada 15 Julai 2007 dijangka siap pada 15 Mei ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, LPT 3 merupakan sambungan dari LPT2 di Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

“Cadangan jajaran lebuh raya sepanjang 150 kilometer ini akan melalui daerah Kuala Terengganu, Daerah Setiu, Besut, Jajaran Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Kota Bharu, Jajahan Pasir Mas sebelum berakhir di jajahan Tumpat.

“Kementerian sedia maklum keperluan pembinaan LPT dalam mewujudkan rangkaian perhubungan yang berkesan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat semenanjung serta mempertingkatkan rangkaian jalan sedia ada,” katanya dalam Persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Rusli Ibrahim ingin tahu status dan perancangan LPT dalam mewujudkan rangkaian perhubungan berkesan.

Menurutnya, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang menghubungkan Karak ke Kuantan telah dibuka kepada pengguna pada 1 Ogos 2004 dan kini telah disambung sehingga ke Jabor manakala Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) iaitu sambungan daripada LPT 1 ke Kuala Terengganu sedang dalam pembinaan.

- SINAR HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90