Top Ad 728x90

,

Malaysia dituduh ‘pencuri’ dan ‘kurang ajar’ oleh Indonesia

‘‘MALAYSIA itu memang pencuri dan kurang ajar,” begitulah kenyataan kasar yang berkumandang di stesen televisyen tempatan Indonesia dan diulang berkali-kali.

Kenyataan itu keluar daripada mulut seorang wakil rakyat Bali yang mengecam promosi pelancongan Malaysia di Discovery Channel yang memuatkan Tarian Pendet yang merupakan tarian penganut agama Hindu di Bali.

Mungkin perkataan pencuri dan kurang ajar itu adalah perkara biasa diucapkan oleh penduduk Indonesia khususnya di Bali, tetapi bagi rakyat Malaysia ia satu kata-kata yang sangat kesat.

Menteri Pelancongan Indonesia, Jerowacik pula menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan Tarian Pendet di dalam promosi pelancongan.

Menurut Jerowacik, Indonesia merupakan negara yang kaya dengan kebudayaan, oleh sebab itulah Malaysia yang miskin kebudayaan sering mencuri daripada Indonesia.

Sesungguhnya kenyataan yang begitu kasar itu cukup mengejutkan penulis dan tidak seharusnya keluar daripada pemimpin mana-mana negara, apatah lagi membuat tuduhan terhadap negara tetangga.

Seingat penulis, tidak pernah pihak berkuasa atau pemimpin di Malaysia menggunakan kata-kata kesat sedemikian ketika mengulas sebarang masalah berkait dengan negara tetangga. Walaupun telah nyata kehadiran warganegara asing berkenaan menjadi punca meningkatnya kejadian jenayah rogol, bunuh, pecah rumah dan sebagainya.

Seperti biasa Malaysia walaupun dituduh sebagai pencuri, kurang ajar dan sombong, tetap merendah diri serta bertanggungjawab apabila Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Amran Mohammed Zin menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu ketika dipanggil mengadap Jerowacik. Promo itu juga akan digantikan dengan yang baru, walaupun kerajaan tidak terlibat langsung dalam penerbitannya.

Jerowacik juga telah menghantar surat kepada Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan kesilapan itu.

Tidak cukup itu di dalam program kuliah sempena Ramadan yang disiarkan oleh sebuah stesen tempatan, seorang ustaz juga terbawa-bawa dengan isu murahan tersebut apabila turut melabelkan Malaysia sebagai pencuri kerana kes yang sama.

Begitulah Indonesia, mereka akan membuat tuduhan melulu, tanpa usul periksa dan apabila mendapati tersilap, mereka mendiamkan diri dengan tidak berasa bersalah walaupun sekelumit.

Ternyata itu bukan promosi pelancongan oleh kerajaan Malaysia, tetapi merupakan sebuah program yang diterbitkan oleh pihak swasta iaitu penerbitan KRU yang merupakan milik Norman KRU dan kemudiannya dijual kepada Discovery Channel.

Norman sendiri telah memberi penjelasan program tersebut dihasilkan oleh syarikat penerbitannya tanpa melibatkan kerajaan Malaysia dan promo yang digunakan pula dihasilkan oleh Discovery Channel.

Norman memberitahu sebuah stesen tempatan Indonesia bahawa dia hanya menjual program kepada Discovery Channel dan tidak terlibat dalam menyediakan promo. Kesilapan adalah berpunca daripada penerbit yang tidak meneliti terlebih dahulu isi kandungan program termasuk promo yang dibuat.

Sebagai rakyat Malaysia penulis sendiri tidak pernah mengetahui tentang Tarian Pendet yang merupakan upacara penganut agama Hindu di Bali iaitu destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti. Tarian itu kemudiannya diubah suai menjadi tarian menyambut tetamu.

Kini persoalannya di mana kerajaan Indonesia mahu kaitkan penglibatan kerajaan Malaysia dalam menyediakan program tersebut.

Pepatah Melayu ada mengingatkan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Kini selepas tuduhan sedemikian pastinya tidak akan ada pihak Indonesia yang akan memohon maaf kepada Malaysia walaupun kenyataan mereka melukakan hati rakyat Malaysia.

Ini bukan pertama kali pemimpin Indonesia membuat tuduhan melulu. Sebelum ini mereka menuduh Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia apabila turut mempersembahkan Tarian Barongsai.

Malaysia juga dituduh mencuri masakan rendang serta masakan Padang dan dijadikan sebahagian daripada makanan tradisional Malaysia. Bahkan Malaysia juga dituduh pencuri kerana mempromosi batik yang berasal dari Pulau Jawa dan alat muzik Angklong.

Penulis masih ingat ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke Indonesia, beliau juga ditanya tentang perkara itu.

Jawapan Zahid mudah: “Apakah saudara semua sanggup menuduh, saudara mara anda di Malaysia sebagai pencuri?”

Penjelasan Zahid yang berketurunan Jawa dari Yogyakarta dan boleh berbahasa Jawa halus itu memang tepat sekali.

Budaya itu dibawa oleh kaum Jawa dan kaum dari Padang bersama-sama mereka ketika berhijrah ke Malaysia kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan merekalah yang mengamalkan kebudayaan tersebut.

Oleh itu kebudayaan Malaysia dan Indonesia hampir sama, tetapi sesuai dengan peredaran masa ia telah diubah mengikut selera semasa.

Kini rakyat Malaysia pastinya menunggu apakah ada permohonan maaf daripada Jerowacik yang membuat tuduhan melulu terhadap Malaysia, atau seperti biasa yang diamalkan iaitu budaya ‘lempar batu sembunyi tangan’.

- UTUSAN

13 Comment:

  1. dah knal ngn ngn orng indon ni...dah byk kes dah...manohuru-hara, kes tarian, lagu, muzik..
    x sedar diri 2 dtg mrempat kt cni, cri mkn anak bini kt kg. nun...

    BalasPadam
  2. Inilah padahnya apabila rakyat sendiri tidak menghormati Pemimpin Pemerintah sendiri. sekiranya rakyat bersatu, pemimpin bermutu, negara maju sepertimana era Tun Mahathir. Negara disanjung kerana rakyat negara asing menyedari mereka juga tumpang tuah.

    BalasPadam
  3. Orang Indonesia memang besar kepala. Kita hantar saja semua balik.

    Kita seterusnya kempen boikot dan burukan Bali. Untuk kempen dinegara Arab dan Islam - Bali tempat hindu yang kotor dan tak sesuai untuk umat Islam lawati. Untuk negara Mat Salleh - They are anti-Caucasian, they will kill, rape and rob you.

    Apa macam? Ini dah geram.

    BalasPadam
  4. hahaha...lawak gak dengan mat indon nih..diaorang lebih suka bergaduh untuk benda yang entah apa la..nama dah serumpun,bangsa sama2 melayu, ada yang melayu jawa lagi kat malaysia nih,mestilah budaya pun sama kan..diaorang dah x ada isu nak debat..telekomunikasi,sistem kewangan majoriti dah jadi milik asing..yang tinggal skang budaya jer..tu pun ramai aku tengok indon lebih ikut budaya mat saleh...

    BalasPadam
  5. Lepas ni Negara China dan India pun akan meyaman Malaysia sebab Cina Malaysia menari tarian Naga dan Singa. Begitu juga masyarakat India menari tarian yang asal usul dari India. Itu belum di masukkan lagi budaya dari Arab, Portugis dan Thailand. Selepas ini kalau nak buat tarian 'break dance' kena minta kebenaran US, nak nyanyi lagu The Beatles kena mintak kebenaran dari kerajaan UK. Dalam zaman global ni masih lagi ada pemimpin negara seperti Indonesia yang berfikiran sempit. Tak taulah bila lah negara jiran kita itu nak dipanjangkan akal.

    BalasPadam
  6. Oleh kerana tarian Pendet itu berasal dari agama Hindu dan kita ketahui agama Hindu berasal dari India, maka kita minta kerajaan India meyaman kerajaan Indonesia kerana mengaku tarian itu adalah hak milik mereka. Baru padan muka dia org.. tak sedar diri...

    BalasPadam
  7. saya maleh da nk amek tahu pasal org endon nih.. menyampah.. padahal org depa sendiri yg bawak budaya depa mai cni.. alih2 tuduh kita curi..
    kalau kita ni pencuri,kenapa bgsa dorg sanggup dtg mencari rezeki di negara pencuri? dorg mmg dengkikan kemajuan kita selepas malaya-raya yg xjadi dulu..

    BalasPadam
  8. tak sedar diri, merempat kat sini, kita bagi kerja.masalah jenayah orang sebarang kat sini, kerajaan dia tutup mata.

    inilah jenis orang yang tak berterima kasih.bawa balik semua orang kau keluar dari sini, yang menyusahkan kerajaaan sini tangung makan minum.

    BalasPadam
  9. kalau macam tu, sepatutnya tv kat malaysia ni patut BOIKOT iklan pelancongan indonesia yang adibah noor jadi host tu.

    tak payah la promote negara orang, promote negara sendiri lagi bagus.

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum

    First of all I want to introduce my self. I'm Aditya 25 years old. Live in Jakarta - Indonesia.

    Saya memang orang Indonesia kerana terlahir di Indonesia pula (Bandung, 3 April 1984) namun saya tidak sependapat dengan kawan-kawan di Indonesia yang menuduh negeri anda sebagai pencuri dan kurang ajar.

    Dalam kes ini saya mendukung penuh apa yang awak tulis ini dan saya juga mahu menyampaikan pada awak bahwa sekarang ini ramai orang di Indonesia yang selalu berlebihan dalam menyikapi setiap soalan. Saya pun boleh menjadi korban daripada sebuah forum yang dinamakan KASKUS, tersiksa kerana mahu meluruskan apa-apa yang terjadi antara Indonesia dan Malaysia. Ramai orang memburuk-burukkan Malaysia dalam forum KASKUS (saya boleh beritahu URL KASKUS apabila awak penasaran http://kaskus.us)

    Di akhir kata saya boleh berucap terima kasih atas kesempatan untuk membagi pendapat dan sebuah kehormatan besar buat saya kerana boleh mengenal awak

    Terima Kasih

    Wassalamu'alaikum,

    Aditya
    http://mujahidin09.blogspot.com
    http://aditya06.wordpress.com

    BalasPadam
  11. maling kok sotoy semua yah... belagu lu semua

    BalasPadam
  12. sy anak jati malaysia dan amat terguris ati jugak apabila indonesia kta malaysia pencuri..kebetulan sy sdang bcuti..n kebetulan d rumah saya dapat sebahagian rancangan indonesia n sll mngikuti perkembangan berita n cerita d sana..sy belum habis isu tarian pendet, mereka timbulkan pelbagai isu baru seperti penciplakan lagu "rasa sayang eh","wayang kulit" dan yang terbaru lagu kebangsaan kita "Negaraku" yang di katakan sama dangan lagu "Terang Bulan".

    memang berita di sana siap mengeluarkan n membanding samakan lagu tersebut. dan mmg sy dapati sama. tp sy xyakin malaysia dengan sengaja menyamakan lagu tersebut.n setelah sy cr maklumat, mmg lagu Negaraku diambil dr lagu Terang bulan tersebut. TETAPI perundingan telah dibuat ketika itu n pencipta lagu tersebut juga telah mendapat royalty ktika itu. dan SEJARAH lagu ini juga tlh diajar dalam subjek SEJARAH. cuma sy blum dpt pastikan ktika tingkatan berapa.

    saya cuma ksal rakyat di sana memperbesar-besarkan isu ini walhal mereka tdk pernah usul periksa dahulu kenyataan yang dkeluarkan media itu..mereka dengan membabi buta trus menyalahkan malaysia..bukan setakat ustz, berita, rancangan hiburan n gosip juga jd ikut2 mperlekehkan n mngecop semua adalah dr indonesia. demonstrasi jangan la nk kta..siap ada banner tulis "Ganyang Malaysia"..sakit sungguh ati ini...

    tapi ape nk d pningkan..memang kita semua ni serumpun..malaysia, indonesia, singapura, brunei..nape nk gado2..camni je la..ingat kita sebagai HAMBA di bumi ini..semua yang didatangkan kepada kita hanya PINJAMAN..kita xade ape2..xde HAK lngsung..semua milik ALLAH..ape jua yang diberikan dalam bentuk pmikiran, harta, musibah n sebagainya adalah sbgai ujan...

    Renung-renugkanlah...selamat berpuasa...

    BalasPadam
  13. Salam.. Tak sangka sekarang macam-macam tuduhan yang mereka lemparkan kepada negara kita.. sampaikan kat blog saya pun ada yang memberikan komen yang menghina tentang lagu kemerdekaan dan hari kemerdekaan negara kita.. saya sedikit pun tak ada menyentuh pasal negara mereka.. peliklah.. bukankah rata-ratanya rakyat malaysia ini berketurunan dari indonesia termasuk saya juga.. sudah mestilah ada budaya yang sama.. hmm.. ini lah manusia yang terlalu bersifat duniawi.. lupa agaknya yang kita ini hidup di dunia yang sementara.. dunia yang hanya kekal milik Allah s.w.t.. saya mengharapkan hubungan kita beransur baik.. semoga ramadhan ini bakal menginsafkan mereka yang benar-benar menghayatinya..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90