Top Ad 728x90

Allahyarham Azizan terima anugerah Tun


KUALA LUMPUR 5 Jun - Bekas Presiden Perbadanan Putrajaya dan juga Petronas, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin menerima anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010, Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran Tun sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Allahyarham seorang tokoh yang dihormati di sektor kerajaan dan swasta meninggal dunia pada 14 Julai 2004 pada usia 68 tahun merupakan antara 1,626 penerima anugerah darjah dan pingat kebesaran.

Empat orang menerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Pengerusi The Nippon Foundation, Yohei Sasakawa.

Sementara 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang juga membawa gelaran Tan Sri terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Seri Abdul Shukor Abdullah, Pengarah Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Hj Husin.

Penasihat Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Hasmah Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah.

Penimbangtara dan Peguambela, Zul Rafique Associates Datuk Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham, Timbalan Presiden Majlis Olimpik, Datuk Dr. M. Jegathesan, Pengerusi syarikat hartanah Perfect Eagle Development Sdn. Bhd., Datuk Koo Yuen Kim.

Pengerusi Group of ABEX Companies, Datuk Kuang Eng Kong @ Kuan Yong Kuan, Pemegang Amanah Yayasan Lau Gek Poh, Datuk Seri Panglima Lau Yu Chak @ Lau Cho Kun, Presiden Kehormat Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Ketua eksekutif Kuala Lumpur Kepong Bhd., Datuk Seri Lee Oi Hian, Pengarah Urusan Andamy Properties, Plantations, Resources Sdn. Bhd. Datuk Seri Panglima Andrew Liew Sui Fatt.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sumurwang, Datuk Lim Kim Hong, Pengerusi Kumpulan Shin Yang Sdn Bhd Datuk Ling Chiong Hoi, Penasihat Korporat Tradewinds (M) Berhad., Datuk Dr. Mohd Noor Ismail, Pengarah Perubatan Institut Jantung Negara, Datuk Seri Robaayah Zambahari.

Pengarah Urusan The Store Corporation Berhad, Datuk Seri Tang Yeam Soon, Presiden Samling Strategic Corporation Sdn. Bhd., Datuk Yaw Teck Seng @ Hiew Teck Seng, Pengarah Urusan Pensonic Corporation Sdn. Bhd., Datuk Seri Tan Khoon Hai.

Ketua Polis Republik Indonesia, Jeneral Polisi Drs. Bambang Hendarso Danuri, bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral (B) Datuk Seri Mohd. Yunus Mohd Tasi dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem, bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Prof. Datuk T. Marimuthu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali dan veteran MCA, Datuk Tan Cheng Swee.

Seramai 42 menerima darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) membawa gelaran Datuk. Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd. Jabar Che Nai, Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Azizah Arshad, Ketua Perunding Nefrologi Hospital Kuala Lumpur Dr. Ghazali T.V. Ahmad Kutty, Hakim Rayuan Syarie Hussin Ahamad, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan dan Kesihatan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Jeyaindran.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Latifah Datuk Abu Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd. Radzi Abdul Rahman, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem & Kawalan) Kementerian Kewangan Datuk Puteh Rukiah Abd Majid.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan, Pengarah Urusan Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Najib Abdullah, Pemegang Amanah Yayasan Penyakit Alzheimer"s Toh Puan Dr. Aishah Ong, Peguam Bela & Peguam Cara Rakan Kongsi Tetuan Shahidan Fazli Nawawi & Partners Che Md Nawawi Ismail.

Penaung Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Sibu, Brig. Jen. (B) Goh Ah Bah, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Hardew Kaur, Pengarah Filem dan Penulis Skrip Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Jamil Sulong, Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad, Datuk Mohamed Azman Yahya.

Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Datuk R. Nadraja, Presiden Persatuan Kolej-Kolej dan Universiti-Universiti Swasta Malaysia Dr Parmjit Singh, Pengerusi Eksekutif INNO Serangkai Sdn Bhd Datuk Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain, Pengarah Eksekutif TNL Engineering Sdn Bhd Teo Geck Heng.

Ketua Polis Kepala Badan Narkotik Nasional Komisaris Jenderal Polisi Drs.

Gories Mere, Setiausaha Agung Islamic Financial Services Board (IFSB) Prof Rifaat Ahmed Abdel Karim dari Sudan, bekas Pakar Perunding Bedah Kehormat Kementerian Kesihatan Prof Russell Walker Strong dari Australia.

Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Allatif Mohd Noor.

Anggota Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Raja Ab Aziz Kaprawi, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh, Ketua Umno Bahagian Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Anggota Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi yang juga Naib Pengerusi BNBBC Sarawak, anggota MCA Chua Kim Chuan, Bendahari Agung Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) D. Gnanasambantham, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Henrynus Amin, Anggota Jawatankuasa Gerakan Lee Ah Fat, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Lily Yong Lee Lee, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim @ Ibrahim Fikri.

Pengerusi MCA Bahagian Mersing Ng See Tiong, anggota MIC S Rajakupal, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sheah Zwat Tsang @ Vincent Shia, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Swin Jema"ah @ Aidan Wing, Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik Datuk Teo Chee Kang.

- Bernama

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90