Top Ad 728x90

DiGi rancang pertingkat liputan jalur lebar 3G

DIGI.COM Bhd (DiGi) akan meningkatkan liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih generasi ketiganya (3G) kepada 50 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang akhir tahun ini daripada 45 peratus sekarang.

Ketua Eksekutifnya, Henrik Clausen, berkata DiGi yang terkenal dengan produk perkhidmatan internet mudah alih Turbo 3G itu, akan menaik taraf dan memperhebatkan pelancaran rangkaian perkhidmatan itu di beberapa lokasi terpilih lain di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Buat masa ini, kami sudah meningkatkan liputan perkhidmatan mudah alih generasi kedua (2G) ke 95 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia dan kini sedang menumpukan usaha untuk mengembangkan perkhidmatan 3G.

Saya yakin, dengan beberapa lagi promosi dan pelancaran termasuk menaik taraf perkhidmatan di beberapa lokasi terpilih, DiGi akan mampu meningkatkan rangkaian liputan 3G sebelum akhir tahun ini dan sasaran (meningkatkan rangkaian perkhidmatan 3G) ini adalah antara yang berada dalam senarai keutamaan syarikat, katanya pada sidang media pertama beliau selepas dilantik mengetuai syarikat itu bagi menggantikan Johan Dennelind, di Shah Alam, semalam.

Clausen sebelum ini berkhidmat sebagai CEO untuk Telenor di Denmark, selama lima tahun sebelum memegang jawatan baru itu 17 Mei lalu.

Difahamkan, buat masa ini pelanggan DiGi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu berpeluang menikmati akses segera serta sambungan Internet yang konsisten menerusi rangkaian perkhidmatan ditawarkan DiGi.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90