Top Ad 728x90

,

KWSP Hantar Penyata Akaun Kepada 6.33 Juta Pencarum

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menghantar penyata akaun 2009 kepada 6.33 juta pencarumnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaklumkan kepada mereka status terkini simpanan mereka.

"Penyata akaun KWSP penting bagi membantu pencarum mengetahui status simpanan persaraan mereka," kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar KWSP bagi Perhubungan Awam dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menggesa pencarum untuk menyemak dengan teliti penyata mereka bagi memastikan simpanan mereka mengikut peraturan dan majikan menyerahkan caruman kepada KWSP tepat pada masa.

Nik Affendi juga mengingatkan pencarum sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka ataumelaporkannya dengan segera kepada KWSP.

Penyata akaun diposkan ke alamat kediaman pencarum seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP.

Alamat boleh dikemaskinikan di mana-mana cawangan KWSP, menerusi i-Akaun yang merupakan akaun dalam talian khas yang diakses menerusi laman web myEPF atau mengisi borang KWSP 3 dan mengeposkannya ke cawangan berdekatan bersama dengan salinan kad pengenalan.

KWSP menjalankan kempen iklan di radio dan televisyen bermula 21 Jun hingga 11 Julai bagi mengingatkan anggota untuk menyemak penyata akaun mereka.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90