Top Ad 728x90

, ,

Subkhiddin pengadil keempat


Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara tuan rumah, Afrika Selatan menentang Mexico pada 11 Jun depan bakal mencatat sejarah tersendiri kepada negara.

Ia berikutan pengadil negara, Subkhiddin Mohd. Salleh (gambar) yang kini telah pun berada di Afrika Selatan dipilih secara rasmi sebagai pengadil keempat pada perlawanan tersebut.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Raja Ahmad Zainuddin, pemilihan Subkhiddin sebagai pengadil dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu merupakan satu lagi penghormatan kepada Malaysia khususnya kemampuan pengadil negara.

Katanya, ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia terpilih sebagai pengadil di Piala Dunia dan juga pada perlawanan pembukaan yang ditontoni jutaan penonton dari seluruh dunia.

"Baru sebentar tadi (semalam) saya dimaklumkan oleh urus setia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya.

Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) merupakan rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai pengadil perlawanan pada Piala Dunia.

Guru sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu sebelum ini dipilih sebagai pengadil utama akan dibantu dua penjaga garisan iaitu Yuxin Mu dari China dan Jeffrey Gek Pheng dari Singapura untuk tergolong dalam kelompok 30 pengadil yang akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan selama sebulan itu.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia pernah terpilih sebagai pembantu pengadil iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Selain Subkhiddin, dua wakil FAM iaitu Datuk Dell Akhbar Khan akan terlibat dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang pada Piala Dunia 2010.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90