19 Tips Amalan Sogeh, Amalan Kekayaan Islam Turun Temurun

Oleh Aqif Azizan
http://www.aqifstrategi.com/

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya tidak mahu bercerita panjang kerana saya ingin berkongsi ilmu yang amat penting untuk para sahabat saya di Facebook. Tidak kira anda seorang pekerja makan gaji, usahawan dan sebagainya.

Amalan sogeh ini saya pelajari daripada buku Chef Li iaitu 'Petunjuk Ke Jalan Kekayaan'. Bagaimanapun, terdapat segelintir senarai amalan kesogehan (amalan kekayaan) tidak dicatatkan dalam buku.

Berikut adalah 19 tips amalan sogeh untuk anda (akan dikemaskini kelak, Insya Allah):


1. Minta restu mak bapak dan minta ampun

2. Lakukan satu perniagaan dalam satu masa

3. Catat aktiviti harian

4. Rajin solat, solat malam dan dhuha

5. Banyakkan berfikir dan berzikir

6. Bersedekah dari pelbagai segi

7. Bantu umat Islam berniaga

8. Elakkan daripada bergaul dengan penggemar maksiat, pemalas dan peniaga yang tidak suka mengamalkan amalan bisnes murni

9. Rapatkan diri dengan orang soleh dan rajin

10. Bayar zakat

11. Kurangkan tidur, perbanyakkan ibadat

12. Bersaing dan cabar diri sendiri setiap hari

13. Berfikiran besar dan sentiasa yakin

14. Gunakan 'Parkinson Law' setiap hari (letakkan jangka masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan)

15. Niat dan berterima kasih kepada Allah S.W.T sebelum tidur

16. Tenang

17. Nabi Muhammad S.A.W sebagai "Ikon"

18. Niat "Ya Allah, Ya Muhammad. Engkau permudahkanlah tindakanku ini" setiap kali mahu melakukan sesuatu

19. Doa sebagai senjata motivasi dan yakin terhadap doa. Minta perkenankan segera kerana kita tidak tahu sama ada kita akan hidup esok hari.


Semoga kita semua dapat menerapkan amalan kesogehan ini setiap hari. Moga ia dapat dimanfaatkan, sekian terima kasih.

---
Aqif Azizan
http://www.aqifstrategi.com/
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Isaifuddin
    Isaifuddin Ahad, 28 Julai 2013 pada 10:58:00 PTG SGT

    salam, amalan kesogihan ini memang suatu yang boleh diikuti. anggap ini sebagai jalan kita beribadat kepada Allah SWT

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 17 November 2013 pada 3:06:00 PTG SGT

    18. Niat "Ya Allah, Ya Muhammad. Engkau permudahkanlah tindakanku ini" setiap kali mahu melakukan sesuatu

    ya Allah ..ya Muhammad ..?? jgnlah mesyirikkan Allah walaupun dengan Nabi."Ya Allah, Engkau permudahkanlah tindakanku ini" setiap kali mahu melakukan sesuatu kemudian baca kan selawat. sekadar perkongsian. Allahu A3lam

  • niaga4all
    niaga4all Isnin, 13 April 2015 pada 10:16:00 PG SGT

    assalamualaikum minta maaf nak beri sedikit teguran no 18. ya Allah tu betul tp ya muhammad tu tak btl sila delate ya muhammad blh membawa syirik والله اعلم

  • niaga4all
    niaga4all Isnin, 13 April 2015 pada 10:17:00 PG SGT

    rasyidi al irsyad.

Add Comment
comment url