RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di :
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my


Pameran Dinasour di Pusat Sains Negara

on Tuesday, December 14, 2010


Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.

`Serangan’ dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Ini bukan pameran biasa. Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.

Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.

Apa yang menakjubkan, semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik.

Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.

Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

Sebaik sahaja pengunjung tiba di pintu masuk pameran, mereka akan disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.

T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.

Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.

Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.

Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.

Di penghujung galeri spesies herbivor, terdapat seekor dinosaur yang boleh menari mengikut rentak muzik bagi menghiburkan para pengunjung.

Pengarah PSN, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli berkata, pameran berkenaan memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman sebenar berinteraksi dengan haiwan prasejarah itu.

‘‘Dinosaur merupakan subjek universal yang dapat menarik perhatian masyarakat selain meningkatkan imaginasi mereka tentang kewujudannya suatu ketika dahulu.

‘‘Dengan membawa pameran Dinos Alive ini ke PSN, ia pastinya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja tidak kira latar belakang dan peringkat umur.

‘‘Secara tidak langsung, ia juga sebahagian daripada usaha memperkenalkan PSN sebagai pusat pendidikan sains tidak formal kepada umum,’’ jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk pameran tersebut, PSN menjangkakan jumlah pengunjung 200,000 orang dengan sasaran pelawat dari kalangan keluarga dan pelajar sekolah.

‘‘Untuk tujuan itu, kita telah menjalankan banyak promosi di sekolah-sekolah selain menerusi laman web PSN,’’ jelasnya.

- UTUSAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - SUMBER MAKLUMAT & JAWATAN KOSONG TERKINI | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO