KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah nikmati rehat 9 hari

 



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan selama satu dan dua hari, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Berdasarkan kalendar akademik itu, Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Kumpulan B cuti tambahan dua hari

Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Lebih menggembirakan, cuti Aidilfitri ini turut bersekali dengan Cuti Penggal 1, sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.


Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url